ARTIKEL

Abdul Rahman Ismail melakukan simbolik pelancaran Konvensyen Usahawan Tani 2024 sambil disaksikan oleh Martin (empat kanan) serta tetamu kehormat lain.

Sarawak dalam proses tubuhkan Jabatan Perikanan sendiri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD) dalam proses bertemu dengan negeri-negeri yang mempunyai Jabatan Perikanan sendiri seperti Sabah, untuk penubuhan Jabatan Perikanan Sarawak.

Timbalan menterinya, Datuk Abdul Rahman Ismail berkata sebaik semuanya selesai, penubuhan jabatan itu akan dibentangkan dalam persidangan Dewan Undangan Sarawak.

“Kita telahpun berjaya menubuhkan Jabatan Veterinar dua tahun lepas dan sekarang ini kita dalam proses menubuhkan Jabatan Perikanan supaya dapat memfokus untuk mempertingkatkan industri perikanan.

“Ia sekarang dalam rangka untuk kita membuat penilaian awal dan kita cuba kalau boleh bentangkan seawal-awalnya pada persidangan akan datang pada November nanti tetapi sekiranya belum bersedia, kemungkinan besar kita akan membentangkan pada persidangan tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu-bual selepas menyempurnakan Konvensyen Usahawan Tani 2024 di sini, hari ini yang turut dihadiri Timbalan Menteri M-FICORD (Komoditi dan Pembangunan Wilayah) Datuk Martin Ben dan Timbalan Pengarah Sektor Operasi Jabatan Pertanian Sarawak Radziah Jack.

Menjelas lanjut, Abdul Rahman tujuan Kerajaan Sarawak menubuhkan jabatan sendiri adalah supaya setiap jabatan itu dapat fokus kepada sektor masing-masing, berbanding sebelum ini dengan semua sektor tanaman, ternakan dan perikanan adalah di bawah Jabatan Pertanian.

Justeru, beliau berkata dengan adanya Jabatan Perikanan Sarawak nanti, ia akan melengkapkan jabatan-jabatan yang dapat memfokus produk atau industri yang sangat penting dalam kesemua sektor pertanian berkenaan.

Dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Mei 2022, menteri M-FICORD Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom dilaporkan berkata pihaknya merancang menubuhkan Jabatan Perikanan Sarawak untuk mempercepat dan mengawal pembangunan industri perikanan di Sarawak.

Menurutnya pada masa itu, pembangunan perikanan darat berada di bawah Jabatan Pertanian manakala perikanan laut diuruskan oleh Jabatan Perikanan Malaysia.

“Cadangan penubuhan Jabatan Perikanan Sarawak dijangka memacu pembangunan perikanan industri ke arah menjadikan Sarawak sebagai hab pengeluar perikanan utama di rantau ini,” katanya.

BERITA LAIN

Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke akar umbi

BINTULU: Penyampaian maklumat mengenai dasar, inisiatif pembangunan dan bantuan kerajaan perlu diperluas hingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat mengetahui serta dapat memanfaatkan kemudahan

BERITA TERBARU