ARTIKEL

Fadillah (lima kiri) merasmikan Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri 2025 MBHT di sini malam tadi.

Sarawak di hadapan dalam sektor tenaga boleh diperbaharui

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak kini dilihat jauh ke hadapan dalam bidang tenaga boleh diperbaharui, berbanding Semanjung Malaysia, yang masih berdepan dengan krisis kestabilan bekalan elektrik.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kelebihan itu sering disebut sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Dalam bidang tenaga yang saya sendiri jaga, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Sarawak sudah mendahului dalam tenaga boleh diperbaharui, khususnya hidrogen dan biogas.

“Sebaliknya, di Semenanjung Malaysia, kita masih bergelut untuk menjamin keterjaminan bekalan elektrik kerana kekurangan sumber air bagi penjanaan elektrik dan kapasiti tenaga hidro yang sangat terhad,” katanya.

Malah kata Fadillah, Semenanjung Malaysia bergantung sepenuhnya kepada tenaga solar yang bersifat tidak konsisten.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Ramah-tamah Aidilfitri 2025 MBHT di sini, malam tadi.

Justeru beliau menyeru Persaudaraan Masjid, Bintangor dan Haji Taha Kuching (MBHT) memainkan peranan dalam melahirkan generasi baharu yang sesuai dengan agenda pembangunan Sarawak.

Dalam pada itu, Fadillah turut memberi sumbangan sebanyak RM50,000 kepada MBHT bagi melaksanakan segala program terutama dalam bidang kebudayaan dan pendidikan anak-anak.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Ultras Bluewave bawa sorakan Hong Kong ke Kuching

KUCHING: Demi menyokong pasukan kesayangan, kira-kira 40 penyokong tegar Kitchee SC sanggup merentas lautan dari Hong Kong ke Kuching bagi menyaksikan aksi Liga Juara-Juara Asia

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan