ARTIKEL

Sarawak Di Landasan Tepat Sebagai Peneraju Masa Depan – TPM Fadillah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING, 19 April (Bernama) — Kepimpinan Sarawak yang menekankan pembangunan ekonomi berasaskan tenaga boleh baharu, ekonomi digital dan pendidikan meletakkan negeri itu pada landasan tepat sebagai peneraju masa depan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Sarawak merangka hala tuju progresif melalui ekonomi berasaskan gas, tenaga boleh baharu dan industri hiliran sekali gus membuka peluang pekerjaan serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.

“Ia menggambarkan kepimpinan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg memfokuskan kepada kedaulatan hak, kemakmuran jangka panjang dan kesinambungan pembangunan Sarawak,” katanya menerusi hantaran Facebook bersempena dengan Konvensyen Gabungan Parti Sarawak (GPS) 2026 di sini hari ini

Fadillah berkata ucapan Abang Johari pada perasmian konvensyen itu jelas mencerminkan pucuk kepimpinan Sarawak yang berwawasan, berani dan berpaksikan kepentingan rakyat.

Beliau berkata turut menyambut baik ketegasan Premier Sarawak dalam memperjuangkan hak negeri berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), khususnya dalam pengurusan sumber strategik seperti minyak dan gas.

“Pendekatan yang diambil matang dan konstruktif dengan menekankan prinsip keadilan serta kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan negeri,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata konvensyen tersebut bukan sahaja memperkukuh kesepaduan dalam GPS, malah menjadi platform penting untuk menyelaraskan hala tuju pembangunan Sarawak selaras dengan aspirasi nasional.

Fadillah berkata komitmen GPS untuk memastikan kestabilan politik, perpaduan rakyat serta kesinambungan kepimpinan melalui gabungan pengalaman dan generasi muda, asas penting dalam menjamin kemakmuran jangka panjang.

“Seluruh lapisan rakyat tanpa mengira kaum harus bersama-sama segulai sejalai (seiring sejalan) dengan Kerajaan Negeri Sarawak dalam memastikan setiap inisiatif pembangunan dapat dilaksanakan dengan berkesan demi kesejahteraan rakyat dan Sarawak Maju Makmur,” katanya. – BERNAMA

BERITA LAIN

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke