ARTIKEL

Sarawak dicabar Wilayah Persekutuan Dalam Perebutan Pingat Emas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kontinjen Sarawak berjaya melepasi sasaran pingat emas apabila mengumpulkan 71 pingat setakat ini, ketika temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 hanya berbaki satu hari lagi.

Jumlah pingat emas itu turut mengekalkan kedudukan Sarawak di tangga teratas carta pungutan pingat SUKMA 2024 pada hari ini.

Dalam saingan hari ini (setakat jam 6.30 petang), kontinjen Sarawak memungut 10 pingat emas iaitu tiga menerusi akuatik, pencak silat (2), pelayaran (2), baling tukul besi (1), gimnastik (1) dan memanah (1).

Bagaimanapun, peluang untuk Sarawak bergelar juara keseluruhan SUKMA 2024 dicabar oleh Wilayah Persekutuan yang mengumpulkan 68 pingat emas.

Wilayah Persekutuan turut mendominasikan pungutan pingat perak (60) dan gangsa (68) sementara Sarawak mengumpulkan 51 perak dan 65 gangsa.

Sementara itu, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah optimis Sarawak mampu menambahkan lagi pingat emas esok.

Menurutnya, ia memandangkan sebanyak 41 lagi pingat emas akan dipertandingan esok, yang sebahagiannya mampu dimenangi oleh atlet Sarawak.

“Masih banyak lagi pingat yang perlu dikutip esok, tapi dapat emas itu bukan mudah.

“Bagaimanapun, kita berharap mendapat kejuaraan mutlak berdasarkan jumlah pungutan pingat yang sudah mencapai sasaran meskipun berdepan saingan dari Wilayah Persekutuan,” katanya ketika ditemui selepas menyaksikan perlawanan akhir futsal lelaki antara Sarawak dan Selangor di Stadium Tertutup Kota Samarahan, sebentar tadi.

BERITA LAIN

SUKMA XXII 2026: Mia berjaya raih emas

SELANGOR: Emylia Lynn Ghazali Zulfikar berjaya menghadiahkan pingat emas buat Kontinjen Sarawak pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII 2026. Bintang Muay Thai yang terkenal dengan

BERITA TERBARU