ARTIKEL

CEMERLANG... Sin Hong Ho dan Jeremy Zhen Liang mempamerkan aksi cemerlang pada aksi final beregu lelaki Sukan Borneo 2025. | GAMBAR: RAMIDI SUBARI

Sarawak dominasi badminton, rangkul empat daripada lima emas kategori individu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak mendominasi acara badminton bagi lima kategori yang melangsungkan aksi final di Stadium Perpaduan, Petra Jaya, hari ini.

Kelima-lima kategori menyaksikan kesemua wakil tuan rumah berjaya menempah slot ke aksi akhir, sekali gus mengesahkan pingat bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

PADU… Gandingan Felicia dan Flora memukau dalam aksi akhir badminton kategori beregu wanita. | GAMBAR: RAMIDI SUBARI

Bermula dengan kejayaan beregu lelaki, Sin Hong Ho dan Jeremy Zhen Liang Juan menundukkan wakil Wilayah Persekutuan Labuan, Aguwell Andrew dan Car Lester Cleve James, menerusi dua set perlawanan 21-19, 21-16.

Gandingan adik-beradik Felicia Xin Hui Fong dan Flora Xin Jie Fong menggungguli kategori beregu wanita dengan menewaskan rakan sepasukan, Genevie Tsin Yeen Lim dan Wafa Shahmina Rahman, melalui perlawanan dua set 21-19, 21-7.

Perlawanan ketiga, iaitu kategori perseorangan wanita, menjadi tumpuan apabila wakil Sabah, Cassey Rynn Rompog, menyekat kemaraan tuan rumah untuk membolot aksi final secara berturut-turut.

Wakil tuan rumah, Janice Tchin Yao Xuan, berhasil memungut kemenangan di set pertama 21-18.

Cassey bangkit pada set kedua dengan keputusan 21-12 sebelum meneruskan rentak kecemerlangan di set penentuan, sekali gus menundukkan wakil tuan rumah dengan keputusan 21-10.

Sementara itu, final kategori perseorangan lelaki menyaksikan kedua-dua wakil tuan rumah, Shun Huat Goh dan Shawn Hiu, bersaing merebut juara. Perlawanan berlangsung tiga set dan dimenangi oleh Shun Huat.

Beregu campuran, Jeremy Zhen Liang Juan dan Genevie Tsin Yeen Lim, menutup tirai aksi dengan kemenangan keempat tuan rumah, menewaskan wakil dari Kalimantan Timur, Ramanda Zibrilian Ramadhani dan Karina Ria Hardianti, menerusi dua set 21-16, 21-12.

“Pencapaian ini di luar jangkaan kita. Dalam erti kata lain, ia telah melebihi sasaran di mana pada awalnya kita cuma menyasarkan tiga pingat emas. Namun akhirnya, kita mendapat lima pingat emas, dua perak dan dua gangsa.

Ini pencapaian terbaik kita. Kredit diberikan kepada pasukan beregu dan perseorangan lelaki kerana telah berjaya menunjukkan kemampuan mereka bersaing di temasya besar kali ini,” kata Ketua Jurulatih Pasukan Badminton Sarawak, Ichwansyah Rusli Ali.

BERITA LAIN

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih

BERITA TERBARU