ARTIKEL

Sarawak Energy buka kaunter khas tangani isu bil elektrik sepanjang September

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak Energy terus membantu pelanggan yang berdepan dengan isu bil elektrik dengan membuka kaunter khas di seluruh Sarawak sepanjang September.

Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat SESCO Berhad (SESCO), Yusri Safri berkata, kesemua 24 kes yang dibangkitkan menerusi media sosial baru-baru ini telah dihubungi.

“Kami mendengar isu yang dibangkitkan pelanggan dan mahu membantu.

“Walaupun aduan mengenai bil elektrik yang lebih tinggi hanya melibatkan sebahagian kecil daripada kira-kira 830,000 pemegang akaun SESCO, kami memahami bahawa setiap kes boleh memberi kesan besar kepada pelanggan dan keluarga mereka.”

Beliau berkata demikian dalam kenyataan Sarawak Energy berhubung saluran perkhidmatan pelanggan bagi menangani isu bil elektrik, hari ini.

Menurutnya, setiap kes sedang disemak berdasarkan keadaan masing-masing bagi memastikan aduan dan rayuan dinilai secara adil.

“Sebab itu, setiap isu akan diberi perhatian dan bantuan yang sewajarnya.

“Jika wajar, pelarasan atau pengecualian caj akan dibuat selepas semakan,” katanya.

Yusri berkata, bil elektrik yang lebih tinggi boleh berpunca daripada beberapa faktor termasuk peningkatan penggunaan elektrik.

Katanya, perkara itu turut boleh berlaku susulan pelarasan selepas tempoh bacaan anggaran atau baki tertunggak daripada bil terdahulu.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan penggantian meter sedia ada kepada meter pintar tidak menyebabkan penggunaan elektrik atau tarif yang dikenakan meningkat secara automatik.

“Sarawak Energy turut menerima maklum balas positif daripada pelanggan meter pintar, khususnya fungsi yang membolehkan penggunaan elektrik harian dipantau.

“Setakat ini, sebanyak 270,748 meter pintar telah dipasang di seluruh Sarawak,” ujarnya.

Kaunter khas urusan bil elektrik akan beroperasi dari 9.00 pagi hingga 4.00 petang, Isnin hingga Jumaat, sehingga akhir September.

Kaunter berkenaan dibuka di Wisma SESCO, Kuching; Pejabat Wilayah Sibu, Jalan Deshon; Bandar Baru Permyjaya, Miri; dan Bintulu Town Square.

Pelanggan turut boleh mendapatkan bantuan menerusi Pusat Khidmat Pelanggan di talian 1300-88-3111.

Mereka juga boleh menghantar e-mel ke customercare@sarawakenergy.com, menggunakan aplikasi mudah alih SEB cares atau mengunjungi mana-mana kaunter khidmat pelanggan Sarawak Energy.

BERITA LAIN

MA63 diangkat jadi naratif nasional

KUCHING: Inisiatif Friends of Bahagian Hal Ehwal Sabah dan Sarawak (BHESS) bakal diperkenalkan bagi memperluas kefahaman dan sokongan Ahli Parlimen serta senator terhadap Perjanjian Malaysia

BERITA TERBARU

SHINE 2026: Negap pansik, inovasyen Sarawak

KUCHING: Genap pansik patut ngelui ari semina mansutka penerang enggau penemu aja, tang patut dibantai ba chara mutarka penanggul, peluang baru enggau penguntung ngagai mensia