KUCHING : Sarawak Energy (SEB) menggalakkan para pelanggan mendaftar penggunaan bil secara dalam talian, e-bil sebagai pendekatan memajukan landskap digital dan menyumbang kepada kelestarian alam sekitar
Sarawak Energy dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, bagi menggalakkan inisiatif itu, semua pelanggan e-bil layak mendapat cabutan bertuah suku tahunan dengan seramai 250 pemenang terpilih.
“Lebih menarik setiap pemenang akan menerima rebat RM50 dalam akaun elektrik mereka.
“Untuk itu, senarai pemenang untuk cabutan bertuah siri empat tahum 2023 kini boleh didapati di pautan https://www.sarawakenergy.com/media-info/announcements-publications/announcements-lucky-draw-winners-announcement,” katanya.
Tambahnya, para pemenang juga akan dimaklumkan melalui alamat e-mel yang didaftarkan.
Dalam pada itu, syarikat pembekal elektrik tersebut menzahirkan terima kasih kepada para pelanggannya atas sokongan terhadap Kempen Tanpa Kertasnya, dengan lebih 220,000 melanggan perkhidmatan itu setakat ini.
“Ia sekali gus membolehkan para pelanggan mengakses bil elektrik dengan mudah melalui aplikasi mudah alih ‘SEB Cares’ atau menerimanya melalui e-mel bil bulanan.
“Sarawak Energy secara beransur-ansur akan menghentikan penghantaran salinan bil cetak ke premis pelanggan kerana bacaan meter boleh dilakukan dari jauh melalui meter pintar dan bil akan dihantar melalui e-mel,” ujarnya.
Justeru, katanya pelanggan yang belum mendaftar amat digalakkan berbuat demikian dengan mendaftar melalui aplikasi mudah alih ‘SEB cares’ (App Store dan Google Play) atau dengan mengisi borang pendaftaran melalui www.sarawakenergy.com.
“Mereka juga boleh menghubungi 1-300-88-3111, e-mel customercare@sarawakenergy.com, atau melawat kaunter perkhidmatan pelanggan Sarawak Energy yang berhampiran,” katanya.


