ARTIKEL

Sharbini Suhaili

Sarawak Energy julang kecemerlangan pekerja dalam usaha menjadikan Sarawak sebagai Bateri ASEAN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebagai penghargaan kepada dedikasi, kesetiaan dan usaha gigih para pekerja, Sarawak Energy telah meraikan pencapaian cemerlang pekerjanya di acara Anugerah Perkhidmatan Kesetiaan dan Majlis Makan Malam Persaraan 2023 yang diadakan di Kuching, Miri dan Sibu pada Februari lepas.

Menurut kenyataan syarikat itu hari ini, perayaan itu menjadi landasan untuk mengiktiraf pencapaian luar biasa tenaga kerja dan mengetengahkan komitmen organisasi itu kepada kecemerlangan.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada para penerima anugerah, Ketua Pegawai Ekesekutif Kumpulan, Datuk Sharbini Suhaili, berkata komitmen kolektif para pekerja Sarawak Energy yang lama berkhidmat memainkan peranan penting dalam menggerakkan syarikat itu sehingga mencapai kedudukannya sekarang sebagai utiliti peringkat teratas dan pemaju tenaga boleh diperbaharui terbesar di Malaysia.

“Sarawak Energy telah mencapai peringkat baharu dalam pembangunannya, dengan secara aktif mengembangkan kehadirannya pada peringkat antarabangsa dan berusaha untuk menjalin kerjasama baharu.

“Dengan fokus kepada usaha menjalin perkongsian dan kesalinghubungan di rantau Asia Tenggara, syarikat ini ingin meletakkan Sarawak sebagai Bateri ASEAN,” katanya.

“Kita juga sedang maju dalam perjalanan kita untuk menjadi pemimpin kelestarian di pentas dunia, memacu perbincangan antarabangsa yang berkisar sekitar tenaga boleh diperbaharui dan kemampanan di persidangan besar seperti COP28 dan Kongres Kuasa Hidro Sedunia pada tahun lepas.”

Katanya, semua pencapaian itu tidak mungkin dapat dicapai tanpa usaha seluruh pasukan Sarawak Energy.

“Kemahiran, kebolehan dan ketangkasan yang dipamerkan oleh para pekerja Sarawak Energy bukan sahaja menyokong pertumbuhan syarikat tetapi juga menyampaikan manfaat penting kepada Sarawak dan rakyatnya,” kata Sharbini dalam ucapannya di sambutan yang diadakan di sini pada 5 Februari lalu.

Sharbini juga menyeru kepada para pekerja yang lama berkhidmat di syarikat itu untuk berkongsi ilmu pengetahuan dan kejayaan mereka dengan rakan-rakan lain.

BERITA LAIN

Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke akar umbi

BINTULU: Penyampaian maklumat mengenai dasar, inisiatif pembangunan dan bantuan kerajaan perlu diperluas hingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat mengetahui serta dapat memanfaatkan kemudahan

BERITA TERBARU