ARTIKEL

Sarawak hadkan tempoh masa operasi perniagaan di tiga bahagian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini memutuskan, tempoh masa operasi perniagaan di tiga bahagian iaitu Kuching, Samarahan dan Serian, yang merupakan zon kuning/merah COVID-19, dihadkan dari pukul 6.00 pagi hingga 10.00 malam berkuatkuasa 1 Ogos 2020.

Pengerusinya yang juga Timbalan Ketua Menteri I Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, keputusan itu dibuat mengambil kira beberapa kemungkinan, berdasarkan maklumat kes-kes COVID-19 yang telah dilaporkan sebelum ini.

“Jumlah kes aktif yang dilaporkan di Sarawak masih tinggi iaitu sebanyak 70 kes. Daripada jumlah itu, Kuching merekodkan sebanyak 52 kes dengan 38 kes merupakan jangkitan tempatan dan 14 adalah kes import, manakala di Samarahan pula, kes jangkitan tempatan sebanyak 11 dan kes import sebanyak dua,” katanya pada sidang media COVID-19 di sini, semalam.

Sementara itu, Uggah berkata semua warganegara Malaysia termasuk rakyat Sarawak yang balik dari Semenanjung, Sabah dan Labuan, akan dikuarantin di Pusat Kuarantin yang telah disediakan Kerajaan, dan sampel ujian COVID-19 akan diambil pada hari kedua, sekiranya keputusan ujian adalah negatif, mereka dibenarkan balik ke rumah tanpa perlu menyambung baki kuarantin.

“Semua kos kuarantin dan ujian sampel akan ditanggung oleh Kerajaan Sarawak untuk semua rakyat Sarawak, termasuk penjawat awam Persekutuan yang bertugas di Sarawak.

“Bagi mereka yang tidak tergolong seperti dinyatakan di atas, mereka perlu menanggung sendiri kos kuarantin dan ujian sampel COVID-19. Arahan ini berkuatkuasa dari 1 hingga 14 Ogos 2020,” katanya.

Dalam pada itu, Uggah berkata pihaknya telah berbincang dengan Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Sarawak, dan memutuskan bahawa pendaftaran pelajar baru dan lama secara bersemuka bagi sesi pengajian Jun 2020, ditangguhkan sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kemudian.

“Senarai Politeknik dan Kolej Komuniti Zon Sarawak adalah Politeknik Kuching, Politeknik Mukah, Politeknik Metro Betong, Kolej Komuniti Kuching, Kolej Komuniti Mas Gading, Kolej Komuniti Santubong, Kolej Komuniti Betong, Kolej Komuniti Sarikei dan Kolej Komuniti Miri,” katanya.

— BERNAMA

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu