ARTIKEL

Premier ketika ditemui selepas menyempurnakan Program Transformasi SOE Sarawak, di sini, hari ini | Foto: Ramidi Subari

Sarawak harap suntikan dana MA63 dalam Belanjawan 2027

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak berharap perkara yang telah dibincangkan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), khususnya dari sudut suntikan dana, dapat dilaksanakan menerusi Belanjawan 2027 Persekutuan.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata Kerajaan Negeri berharap perkara berkenaan dapat direalisasikan menerusi peruntukan yang akan diumumkan dalam belanjawan berkenaan.

“Harapan kita (Sarawak) supaya apa yang telah dibincangkan dalam MA63 dapat dilaksanakan… dari sudut suntikan dana,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Program Transformasi SOE Sarawak, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai harapan Sarawak terhadap Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Oktober ini.

Ditanya harapan agar peruntukan kepada Sarawak ditingkatkan dalam belanjawan berkenaan, Abang Johari berkata perkara itu akan dilihat berdasarkan pembentangan Perdana Menteri.

“Kita tengoklah apa yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri nanti,” katanya lagi.

Belanjawan 2027 akan dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen pada 9 Oktober depan.

Bulan lalu, Anwar dilaporkan berkata, Belanjawan 2027 mesti menyambut suara rakyat serta memenuhi harapan mereka dengan usaha merancakkan pembangunan negara serta meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat.

Beliau dilaporkan berkata, Kerajaan MADANI akan mengutamakan harapan serta menangani isu keresahan rakyat demi melindungi kesejahteraan keluarga selepas Malaysia tidak terkecuali daripada tempias krisis tenaga dan tekanan kos sara hidup susulan konflik di Asia Barat.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU