ARTIKEL

Foto BERNAMA

“Sarawak Harmony” pukau delegasi ASEAN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Persembahan Kebudayaan “Sarawak Harmony” yang melambangkan keharmonian pelbagai kaum dan etnik di Malaysia, memukau delegasi ASEAN yang mengunjungi Malaysia Open House Exhibition @ ASEAN 2025 di sini semalam.

Pertunjukan selama 15 minit itu dipersembahkan oleh 10 penari daripada Kumpulan Majlis Seni Sarawak yang turut mengenakan busana tradisional, melambangkan kepelbagaian budaya di negara ini.

Pameran yang dibuka secara percuma kepada orang ramai bermula semalam, diadakan bersempena dengan Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN (AFMGM) ke-12 serta mesyuarat berkaitan, yang berlangsung serentak.

Diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Malaysia Open House Exhibition @ ASEAN 2025 mengetengahkan warisan budaya negara yang kaya termasuk makanan, pakaian, kraf tangan dan persembahan tradisional daripada pelbagai kaum, bertujuan mempromosikan khazanah negara.

Pameran itu menghimpunkan 30 reruai termasuk usahawan mikro yang menerima bantuan melalui program iTEKAD, dengan setiap reruai mempamerkan produk masing-masing.

Selain itu, orang ramai juga berpeluang mempelajari ilmu berkaitan literasi kewangan dan ekonomi khususnya untuk para usahawan kecil dan sederhana.

Terdahulu, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan merasmikan pameran berkenaan. Turut hadir Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa. – Bernama

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha