ARTIKEL

KETIBAAN… Michael Tiang (kiri) diiringi Naib Canselor UNIMAS Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi tiba di BCCK. Foto: Ramidi Subari

Sarawak jadi hab perkhidmatan penjagaan kesihatan 

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak komited dalam usaha untuk menjadi hab perkhidmatan penjagaan kesihatan  dengan memperkasakan keseluruhan ekosistem bidang berkenaan.

Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian berkata, usaha tersebut termasuklah bidang penyelidikan dan pembuatan yang berpusat di 
Kota Samarahan bagi perkhidmatan klinikal di seluruh negeri ini.

Katanya, penubuhan Pusat Jantung Sarawak, Pusat Penyakit Berjangkit Sarawak (SIDC) dan Pusat Biodiversiti Sarawak adalah asas kepada visi tersebut.

“Pencapaian kita baru-baru ini adalah dalam 
menjalankan percubaan klinikal pertama ke atas manusia di Malaysia, ia membuktikan keupayaan yang semakin meningkat dalam penyelidikan bioperubatan serta sebagai satu langkah serius dalam membangunkan rawatan baharu.

“Aspirasi ini juga tidak berakhir di sini, Pembangunan Pusat Kanser Sarawak dan pelaburan di SIDC juga adalah komitmen kita terhadap infrastruktur penjagaan kesihatan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang Ming Tee sempena Persidangan Konsortium Akademik Asia Pasifik untuk Kesihatan Awam (APACPH) ke-54 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Tambahnya, persidangan tersebut merupakan cerminan perjalanan berterusan Sarawak untuk belajar, berkongsi dan bekerjasama dengan pertukaran pengetahuan, memupuk dialog, serta memudahkan perkongsian. 

“Kita mempunyai barisan penceramah yang berpengalaman, termasuk Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah dan pengarah eksekutif Pusat Kesihatan Planet Sunway Tan Sri Profesor Dr Jemilah Mahmood yang berkongsi pandangan tentang Keselamatan serta Perancangan Kesihatan Global,” ujarnya.

Sementara, persidangan itu semalam turut menyaksikan Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian menjadi salah seorang penerima Anugerah Pingat Kecemerlangan Kepimpinan di atas dedikasinya untuk meningkatkan kesihatan awam di Sarawak dan komitmennya terhadap infrastruktur penjagaan kesihatan.

Hadir sama Presiden Konsortium Akademik Asia Pasifik untuk Kesihatan Awam, Professor Dr Agustin Kusumayati; Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Matjeraie; Naib Canselor UNIMAS, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi; Pengerusi Persidangan APACPH ke-54 2023 Profesor Madya Dr Jeffery Stephen; serta wakil yang lain.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu