ARTIKEL

MANTAP… Karim (empat kiri) merakam gambar bersama barisan kepimpinan penganjur kejohanan.

Sarawak jadi tumpuan kriket wanita, potensi ke sekolah seluruh negeri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Lima pasukan hasil gabungan pemain kriket daripada sembilan negara berentap dalam Kejohanan Super Series Kriket Wanita Malaysia SYD 2025 Edisi Ke-3 bertempat di Padang Kriket Borneo, Petra Jaya, yang telah berlangsung sejak 24 hingga 30 September 2025.

Presiden Persatuan Kriket Malaysia (MCA), Mahinda Valipuram, berkata kesemua pemain terdiri daripada Nepal, Bhutan, Singapura, Rwanda, Kuwait, Oman, Thailand, Indonesia dan Malaysia selaku tuan rumah, dengan seramai 75 pemain secara keseluruhan.

Acara ini, katanya, sekali gus menjadi antara wadah utama pertukaran budaya, pemerkasaan wanita serta pembangunan kriket wanita dengan menghimpunkan atlet dari negara berbeza.

“Ini merupakan peluang yang hebat untuk para pemain mengembangkan bakat dan juga memahami budaya bersama pemain lain.

“Ia juga mencipta satu kesatuan dan saya merasakan ia adalah sebuah pertandingan yang baik dan sihat di mana kejohanan ini telah berkembang menjadi platform unik untuk memperkasakan wanita dalam sukan kriket,” katanya.

Lima pasukan yang dibentuk dibarisi Western Queens, Southern Jaguars, Northern Queens, Eastern Lioness dan Central Super Girls.

Mengulas mengenai lokasi penganjuran kejohanan, iaitu Padang Kriket Borneo, Mahinda menegaskan ia antara lokasi terbaik untuk menganjurkan sukan tersebut.

Beliau pada masa sama berharap agar sukan kriket dapat dikembangkan ke sekolah-sekolah di seluruh Sarawak supaya sukan tersebut lebih mendapat perhatian di negeri ini.

Katanya, Sarawak antara lokasi peningkatan sukan kriket secara positif dengan mengambil kira kejayaan yang dikecapi pasukan sebelumnya.

BERITA LAIN

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih

BERITA TERBARU

Patrick Stewart Meninggal Dunia

Dunia seni lakonan antarabangsa kehilangan seorang legenda apabila pelakon tersohor Britain, Sir Patrick Stewart, meninggal dunia pada usia 86 tahun di kediamannya di Los Angeles,

Tiga lelaki ditan

MUKAH: Tiga lelaki peranak menua beumur entara 24 nyentuk 26 taun ditan pengudah ditemu positif dadah bansa methamphetamine ba Operasyen Begulai Nagang Penyah t i