ARTIKEL

Abang Johari (empat kiri) melancarkan Siri Pelaburan MIDA - Sarawak: Mendedahkan Potensi Perniagaannya di Dewan Perdana, MIDA Sentral, Kuala Lumpur, semalam.

Sarawak jana elektrik dari gelombang laut

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak akan memulakan penjanaan tenaga elektrik menggunakan alunan gelombang air laut pada bulan depan.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata bahawa tenaga kinetik itu akan dilancarkan di Bintulu dengan menggunakan gelombang laut untuk menjana tenaga melalui turbin.

Beliau berkata, tenaga hijau bukan sahaja menerusi hidro dan solar kerana Sarawak memiliki permukaan air empangan yang luas.

“Sarawak mempunyai solar terapung, ia adalah hibrid, malah semasa tempoh rendah, hidro boleh menyokong solar.

“Satu lagi kinetik.

Dengan turbin ini, ia akan menghasilkan tenaga.

Justeru, kita (Sarawak) akan mempunyai tiga sumber yang menghasilkan tenaga hijau yang tidak sahaja terhad kepada hidro dan solar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Siri Pelaburan MIDA – Sarawak: Mendedahkan Potensi Perniagaannya di Dewan Perdana, MIDA Sentral, Kuala Lumpur, semalam.

Jelas Abang Johari, selain tiga sumber yang boleh menghasilkan tenaga hijau ini, Sarawak juga mempunyai rizab gas malah meneroka potensi penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) di negeri ini.

Justeru katanya, Petros telah dilantik sebagai pengurus sumber untuk CCUS, dan untuk perdagangan karbon, lesen akan diberikan kepada mereka yang terlibat.

“Meskipun belum terdapat protokol antarabangsa yang khusus untuk perdagangan karbon, Sarawak sedang bekerjasama dengan Bank Dunia untuk membangunkan protokol yang sesuai berdasarkan Protokol London.

“Ini adalah sektor pembangunan baru yang Sarawak sedang laksanakan. Kita sangat bertuah kerana mempunyai kestabilan politik yang membolehkan kita melaksanakan dasar yang sejajar dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG),” katanya lagi.

Abang Johari turut menambah terdapat lima undang-undang yang mengawal industri ini di Sarawak seperti Kanun Tanah Sarawak yang mengatur penyimpanan karbon dan Ordinan Perlombongan Minyak.

Selain itu, katanya terdapat juga undang-undang pengagihan gas dan perlembagaan Malaysia serta Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang mengawal CCUS, minyak dan gas serta perdagangan karbon.

Sebelum ini, Abang Johari mendedahkan bahawa penjanaan kuasa menggunakan alunan gelombang akan dilaksanakan di jeti sepanjang 3.5 kilometer di Bintulu.

Jika kaedah ini berjaya, katanya Bintulu akan menjadi tempat pertama di dunia yang menggunakan teknologi tersebut untuk menghasilkan tenaga elektrik.

Sementara itu, Abang Johari mendedahkan bahawa pelbagai institusi di bawah kerajaan Sarawak sedang giat bekerjasama dengan rakan kongsi antarabangsa untuk memartabatkan pembangunan bakat dalam sektor baru muncul di negeri ini.

“Kami mempunyai semikonduktor sekarang. Kami juga menghasilkan cip reka bentuk untuk Melexis, vendor kepada X-FAB. Dalam erti kata lain, kami menghasilkan jurutera yang boleh mereka bentuk cip.

“Kami juga perlu menghasilkan apa yang kami panggil cip kompaun, di mana cip itu boleh menjadi bahan, penyimpanan data, termasuk AI dan AI generatif.

“Kami bekerjasama dengan Melexis Belgium, serta Catapult Aplikasi Semikonduktor Kompaun (CSA) UK, untuk membantu kami menghasilkan jurutera di kawasan semikonduktor ini,” tambahnya.

Hadir sama, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz; Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan; Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Dr Hazland Abang Hipni dan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

BERITA TERBARU

Taman Kenyalang ngеna konsep moden

KUCHING: Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng nerima penuemai basa ari diligit Chung Yuan Christian University (CYCU), Taoyuan, Taiwan, ti bejuraika asil tungkap

Standard teknikal nyamin pemujur servis

CYBERJAYA: Komiti Besai Komunikasyen enggau Multimedia Malaysia (MCMC) negap pemansang standard teknikal nentuka servis begunа baka komunikasyen, bekal kuasa karan enggau ai ulih beoperasyen likun,