ARTIKEL

Sarawak ke play-off

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEPERTI yang diramal, pasukan Sarawak akhirnya terpaksa menempuhi perlawanan play-off setelah gagal ‘keluar’ dari zon tercorot Liga Premier 2019.

Kemenangan 3-1 ke atas Selangor United di Kuching malam kelmarin, langsung tidak membawa makna kerana, seteru terdekat, Kelantan berjaya mengatasi UKM FC 2-0.

Ini bermakna, Kelantan kekal bersaing dalam Liga Premier 2020, sambil Sarawak akan menghitung nasib selepas ini.

Mereka akan menentang naib juara Liga M3 2019 yang kemungkinan besar Kelantan United atau Kuching FA.

Bagi pemangku jurulatih Sarawak, Mohamad Denny Da’ail, mereka cukup yakin untuk mengharungi aksi play-off.

“Kami agak hampa kerana kemenangan ini gagal memintas Kelantan. Namun saya percaya kami mampu melepasi halangan play-off nanti,” jelasnya.

Sementara itu, Denny menyifatkan kemenangan ke atas Selangor United malam kelmarin begitu penting bagi membentuk keyakinan diri para pemain.

“Semua pemain, terutama barisan muda begitu ghairah untuk menang dan mereka membuktikannya.

“Kita berharap pasukan ini dapat kekal dalam Liga Premier 2020 dan dapat memanfaatkan aksi play-off nanti,” jelasnya.

Dalam aksi malam kelmarin, menyaksikan Selangor United mendahului seawal minit kelima menerusi Nurshamil Abdul Ghani.

Namun Sarawak bangkit meledakkan dua gol melalui Bobby Gonzales (minit ke-31 & 60) dan satu gol menerusi Hudson Dias (minit ke-74).

HALANG… Pemain Sarawak, Georgi Kinkladze (merah) menyekat pemain Selangor United dalam aksi LIga Premier 2019 di Stadium Sarawak malam kelmarin. Foto NADIM BOKHARI

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU

Jalai Balingian–Sungai Anak patut diadu manah

KUCHING: Pengawa ngintu, ngadu sereta nangkir Jalai Perintah Besai Balingian–Sungai Anak ti nyambung rentayan Jalai Besai Pan Borneo begunaka perati dikena nambahka pengelikun enggau pejalai