ARTIKEL

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni pada Forum Arbitrating Sustainability in Southeast Asia sempena Minggu ADR Kuala Lumpur 2025.

Sarawak kukuh kedudukan sebagai peneraju dasar dan undang-undang kelestarian ASEAN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju dalam pembangunan dasar dan perundangan berkaitan kemampanan di rantau ini.

Ia seiring cabaran global berkaitan perubahan iklim, peralihan tenaga dan pematuhan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Datuk Dr Hazland Abang Hipni, berkata Sarawak bukan sahaja memberi reaksi perkembangan global, malah aktif membentuk dasar yang bertanggungjawab dan mampan di peringkat serantau.

“Kami tidak melihat kemampanan dan pertumbuhan ekonomi sebagai dua perkara yang bertentangan.

“Di Sarawak, kedua-duanya saling melengkapi. Kami sedang membina ekosistem dasar yang membuktikan ia boleh dilaksanakan secara serentak,”ujar beliau ketika hadir forum “Arbitrating Sustainability in Southeast Asia” anjuran Majlis Peguam Malaysia sempena Minggu ADR Kuala Lumpur 2025, semalam.

Beliau menekankan bahawa kestabilan perundangan dan mekanisme penyelesaian pertikaian yang cekap adalah antara daya penarik utama pelaburan hijau ke Sarawak.

“Kepastian regulatori penting untuk menarik pelaburan hijau. Oleh itu, Sarawak menyokong inovasi undang-undang termasuk dalam aspek penyelesaian pertikaian,” jelasnya.

Forum berkenaan menghimpunkan pegawai kanan kerajaan dan pakar undang-undang dari negara ASEAN termasuk Filipina, Indonesia, Singapura dan Malaysia, sekali gus menyerlahkan kepentingan kerjasama serantau dalam isu kemampanan.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha