ARTIKEL

Datuk Len Talif Salleh meninjau perkembangan projek fertigasi rock melon di Tanjung Manis pada Rabu.

Sarawak laksana projek jalan RM47 juta di Muara Payang

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TANJUNG MANIS: Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM47 juta bagi melaksanakan projek pembinaan jalan raya di kawasan Muara Payang.

Kemudahan infrastruktur itu dijangka siap dalam tempoh dua tahun dan akan memberi manfaat besar kepada penduduk di kawasan berkenaan yang sebelum ini berdepan kesukaran perhubungan darat.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, projek berkenaan dilaksanakan di bawah Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA) sebagai usaha memperkasa jaringan jalan raya di kawasan tersebut.

Menurut beliau, skop kerja melibatkan pembinaan laluan berturap sepanjang 7.5 kilometer yang menghubungkan beberapa penempatan utama di sekitar Muara Payang.

“Apabila siap kelak, penduduk tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada laluan sungai kerana mereka akan mempunyai akses jalan darat yang lebih selesa dan selamat untuk ke sekolah serta ke bandar Sarikei,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau berkata, antara kawasan yang bakal menikmati kemudahan tersebut termasuk Kampung Bukit Huang, Sungai Salah, Parit Bugis serta Muara Payang.

Sebelum itu, beliau yang juga Pengerusi RADDA menghadiri majlis penyerahan Surat Setuju Terima (SST) kepada kontraktor yang dilantik bagi melaksanakan projek tersebut.

Majlis berkenaan berlangsung di Wisma Sumber Alam, Kuching dan menandakan bermulanya pelaksanaan projek yang diharap mampu merancakkan pembangunan sosioekonomi setempat.

Terdahulu, beliau berkesempatan meninjau perkembangan terkini projek pertanian pintar melibatkan tanaman rock melon di Tanjung Manis.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU