ARTIKEL

KOMITED...Sirai Daha (empat dari kanan barisan belakang) merakam gambar kenangan bersama-sama wakil penerima peruntukan.

Sarawak lancar e-pineapple

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Sarawak mencatat sejarah tersendiri dengan melancarkan sistem e-Pineapple yang berlangsung pada Program Hari Bertemu Pelanggan di Dewan Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak, hari ini.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom berkata, sistem itu berfungsi sebagai platform pemudah cara urusan permohonan, penilaian dan pemantauan projek pertanian secara dalam talian.

“Dengan sistem ini, pentadbiran projek menjadi lebih efisien, data pekebun dan pengeluar dapat dikumpul secara langsung dan pemantauan projek dapat dilaksanakan secara lebih telus dan cepat.

“Saya percaya penggunaan sistem ini akan menjadi contoh terbaik untuk negeri-negeri yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Sirai Daha pada program Hari Bertemu Pelanggan di Dewan Pertubuhan Peladang Negeri Sarawak, hari ini.

Beliau pada masa yang sama percaya kepakaran penyelidik dan pendidik akan memainkan peranan penting dalam memastikan setiap keputusan diambil berdasarkan bukti dan inovasi semasa.

Untuk rekod, seramai 243 pekebun didaftarkan dalam sistem tersebut setakat 20 Julai tahun ini.

Terdahulu, majlis turut menyaksikan penyerahan peruntukan lebih RM23 juta oleh LPNM untuk bantuan bahan tanaman, infrastruktur ladang, dan kajian sisa nanas bagi tahun ini.

Tegas Rundi, ia merupakan satu komitmen besar yang perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat Sarawak khususnya para pekebun muda.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah