ARTIKEL

Sarawak lemas – Reviu Liga Premier 2019

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

HASRAT Sarawak untuk bangkit membawa pulang tiga mata tidak kesampaian apabila kalah teruk 6-3 di tangan Pulau Pinang dalam aksi di Stadium Bandaraya malam kelmarin.

Pemangku jurulatih Sarawak, Mohamad Denny Da’ail mengakui mereka gagal menyaingi kehebatan penyerang import baharu P. Pinang, Caragrande.

“Pada babak pertama kami hilang arah… segala umpanan ke arah Casagrande gagal dipintas.

“P. Pinang kelihatan begitu mantap dengan tiga import hebat,” kata Denny.

Katanya, Sarawak cuba bangkit pada babak kedua de- ngan menjaringkan tiga gol.

“Agak malang bagi kami apabila satu tendangan penalti dipersia-siakan, manakala satu lagi gol kami ofsaid.

“Kualiti import P. Pinang memberi perbezaan yang amat ketara. Mereka begitu hebat ketika persaingan di udara,” jelas Denny.

P. Pinang bagaikan ‘dirasuk’ apabila meledakkan lima gol pada babak pertama (5-0), dan menambah satu gol pada separuh masa kedua.

Gol-gol Sarawak pula dijaringkan oleh Bobby Gonzales (minit ke-65 dan ke-80) dan Mohamad Alif Hassan (minit ke-74).

Gol-gol P. Pinang pula disumbangkan oleh Mohamad Al-Hafiz Harun (minit kelima dan ke-32), Sergio Fabian Ezequiel Aguero (minit kelapan), Anselmo Arruda Da Silva (minit ke-14 dan ke-27) dan Julian Bottaro (minit ke-52).

Sarawak akan menutup tirai saingan dengan mentang Selangor United di Kuching Sabtu ini.

Kedudukan Sarawak belum lagi diketahui, sama ada terus diturunkan ke Liga M3 atau bersaing dalam perlawanan “play-off” terlebih dahulu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

Polis Sahkan Pegawai Kastam Maut Dipercayai Dibunuh Suami

NILAI: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.