ARTIKEL

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn . Foto Alif Noni

Sarawak mahu lahirkan 30 peratus pekerja berkemahiran tinggi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak berhasrat untuk melahirkan 30 peratus tenaga kerja berkemahiran tinggi menjelang 2030.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn berkata, salah satu platform yang menjadi pemangkin untuk merealisasikan aspirasi ini ialah melalui penganjuran program seperti Persidangan Antarabangsa Teknologi Lestari (ASTECH).

“Kita mempunyai masa sekitar enam tahun untuk mencapai sasaran nasional ideal yang ditetapkan dalam Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 2030 (PCDS 2030), iaitu melahirkan 60 peratus tenaga kerja berkemahiran tinggi.

“Namun, bagi Sarawak, secara realistik kami menyasarkan dan yakin untuk melahirkan 30 peratus atau 40 peratus tenaga kerja berkemahiran tinggi nanti,” katanya pada sidang media penganjuran persidangan itu di Raia Hotel di sini, semalam.

Tambah beliau lagi, tenaga kerja berkaitan termasuk mereka yang bukan sahaja memiliki kemahiran teknikal, vokasional, pendidikan dan latihan (TVET) tetapi juga dalam bidang sains tulen.

“Menyasarkan individu yang mempunyai latar belakang dan kepakaran semata-mata dalam sains tulen mungkin agak mencabar.

“Disebabkan itu, kami memperkenalkan pelbagai program untuk menarik minat pelajar ini,” katanya.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah