ARTIKEL

BERCAKAP… Abdul Karim ketika menjawab soalan pemberita selepas mengadakan sidang media Kejohanan Skuasy Beregu Asia Ke-3 di Bangunan Baitul Makmur II. Foto: GHAZALI BUJANG

Sarawak mahu lahirkan lebih ramai pemain bola sepak berkualiti

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Usaha pembangunan bola sepak di Sarawak bertujuan melahirkan lebih ramai pemain berkualiti dalam negeri tanpa menjejaskan bidang kuasa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di peringkat kebangsaan.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata Sarawak memahami dan menghormati peranan FAM sebagai badan induk bola sepak negara.

Beliau turut meluahkan rasa terkejut terhadap apa yang disifatkannya sebagai satu bentuk amaran terhadap usaha pembangunan bola sepak di Sarawak.

“Sarawak cuba untuk membangunkan bola sepak bermula di peringkat akar umbi. Jika melibatkan liga antarabangsa, kami memahami peraturan yang berkuat kuasa. Saya juga seorang peguam, jadi saya faham undang-undang.

“Tujuan kita bukan untuk mengambil alih peranan FAM di peringkat kebangsaan, sebaliknya mahu memberi tumpuan kepada pembangunan akar umbi pemain tempatan.

“Kita mahu membangunkan struktur bola sepak di peringkat daerah, bahagian dan negeri supaya lebih ramai pemain berkualiti dapat dilahirkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan pemberita selepas mengadakan sidang media Kejohanan Skuasy Beregu Asia Ke-3 di Bangunan Baitul Makmur II di sini, hari ini.

Menurutnya, pembangunan yang dilaksanakan hanya melibatkan ekosistem bola sepak dalam negeri dan tidak menyentuh penganjuran pertandingan di peringkat antarabangsa.

“Kita mahu memperkukuh pembangunan bola sepak dan ia perlu bermula di peringkat akar umbi bagi menyediakan platform lebih luas kepada bakat muda sebelum melangkah ke tahap lebih tinggi.

“Pemain yang menyerlah menerusi sistem pembangunan itu berpeluang menyertai kelab atau pasukan pada peringkat lebih tinggi, sekali gus menyumbang kepada kemajuan bola sepak negara,” katanya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU