ARTIKEL

Sim ketika menyampaikan ucaptama pada Konvensyen Kesihatan Awam Asia Pasifik ke-8, di sini, hari ini | Foto: Ramidi Subari

Sarawak mahu latih ramai pakar radiologi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak meluluskan perkhidmatan radiologi intervensi untuk dimulakan di Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi melatih lebih ramai pakar dalam bidang itu.

Demikian jelas Timbalan Premier Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian yang berkata kelulusan tersebut merangkumi pemberian dana untuk membeli kateter dan peralatan lain yang diperlukan supaya pakar boleh menjalankan prosedur tersebut.

Menurutnya, HUS menerima sekitar 1,000 kes strok setahun, dan sekitar 500 pesakit akan mendapat manfaat daripada perkhidmatan ini.

“Premier (Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg) telah meluluskan perkhidmatan radiologi intervensi untuk dimulakan di HUS.

“Ini berpotensi untuk menyelamatkan kira-kira 500 pesakit setahun,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Kesihatan Awam Asia Pasifik ke-8, di sini, semalam.

Beliau menekankan kepentingan perkhidmatan tersebut dan memastikan kerajaan persekutuan bersetuju kerana ia adalah perkhidmatan penting.

“Bukan bermaksud kita ingin mengambil alih, tetapi ia adalah perkhidmatan penting untuk kita miliki.

“Kadang-kadang, seseorang mungkin mendapat strok akut dan perkhidmatan ini boleh membantu mereka. Saya perlu meminta kebenaran untuk memberikan dana supaya perkhidmatan ini dapat dimulakan.

“Saya akan menulis (surat permohonan) kepada kerajaan persekutuan kerana kesihatan masih di bawah perkhidmatan persekutuan,” katanya.

Beliau juga menyebut tentang pentingnya perkhidmatan ini kerana terdapat kes yang mana Allahyarham Naib Canselor Kolej Universiti i-CATS, Profesor Dr Shahren Ahmad Zaidi Adruce meninggal dunia akibat strok akut kerana perkhidmatan tersebut tidak tersedia.

Sim mendedahkan peralatan seperti Pengimbas Tomografi Berkomputer (CT Scan) baharu, Sistem ‘Catheterization’ Jantung Berteknologi Tinggi dan pengimbas Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) tersedia, namun hanya terdapat seorang pakar sahaja.

“Kita memerlukan tiga lagi (pakar) untuk dilatih dengan kos latihan mereka RM100,000 setiap seorang,” tambahnya.

Jelas Sim, untuk melaksanakan prosedur mengeluarkan bekuan darah dari pesakit strok, ia memerlukan sekitar RM3.5 juta setahun.

“Ini bukan hanya untuk menyelamatkan seorang Profesor, tetapi juga datuk, ayah seseorang. Contohnya, Allahyarham Dr Shahren yang berusia 62 tahun masih boleh menyumbang untuk beberapa tahun lagi jika berjaya diselamatkan,” jelasnya lagi.

Dalam masa yang sama, Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan mendedahkan bahawa Premier juga meluluskan perkhidmatan trombektomi untuk strok akut.

“Setiap kali terkena strok, ada dua jenis strok: satu akibat pecah arteri dan pendarahan, yang lain akibat bekuan darah.

“Bekuan darah perlu dikeluarkan, dan perkhidmatan trombektomi memerlukan sekitar RM3.8 juta setahun,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha