Kanak-kanak berusia dua tahun antara lima maut kemalangan di Sibu

Trending

Sarawak mahu penjelasan KKM, mengapa mesin ventilator yang diterima usang dan rosak

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Kerajaan persekutuan harus memulangkan kuasa autonomi sepenuhnya bagi kesihatan kepada Sarawak, kata Senator Dewan Negara Robert Lau.

Menurutnya, tindakan Kementerian Kesihatan dalam menghantar alat pernafasan yang usang dan tidak berfungsi ke Sibu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

“Ini mencerminkan betapa buruknya Kerajaan Persekutuan melayan Sarawak,” katanya kepada Suara Sarawak semalam.

Kenyataan tersebut dikeluarkan bagi menjelaskan alat pernafasan yang usang, dan bukan yang baharu dihantar ke Sibu.

Tegas Robert, sukar untuk dibayangkan mengapa alatan pernafasan itu boleh rosak akibat penerbangan yang bergelora dari Kuala Lumpur ke Sibu. “Jika mesin-mesin itu begitu rapuh, kenapa menghantarnya ke Sibu?

“Kementerian Kesihatan mesti menyiasat dan memberi penjelasan yang menyeluruh,” tegasnya.

Menurutnya lagi, penjelasan ini amat penting untuk memulihkan keyakinan terhadap sistem kerajaan.
“Jika tidak, rakyat Sarawak berasa seolah-olah dilayan sebagai orang Malaysia kelas kedua.

“Pada masa yang sama, Kementerian Kesihatan harus memberitahu berapa buah alat pernafasan telah dibeli sejak pandemik bermula dan diedarkan ke hospital mana?,” tegasnya.

Baca lain  Kerajaan Sarawak peruntuk dana bina Masjid di Hospital Umum Sarawak

Katanya lagi, beliau sendiri ingin mengetahui berapa unit alat berkenaan dihantar ke Sarawak.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

6 Jun 2023

Berita Terbaru