ARTIKEL

Sarawak Main Peranan Penting Jayakan Projek MyGENOM

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempergiat usaha untuk memastikan penyertaan yang lebih meluas dari Sarawak dalam pangkalan data rujukan genom nasional melalui projek MyGENOM.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, inisiatif ini bertujuan menghasilkan satu rujukan genom nasional yang benar-benar inklusif, tepat dan mewakili kepelbagaian genetik rakyat Malaysia, terutamanya dalam kalangan komuniti pribumi di Sarawak.

Beliau berkata setakat minggu lalu, sebanyak 121 sampel berjaya dikumpul di negeri ini.

“Pihak Kementerian berharap dapat merekrut seramai mungkin peserta dari Sarawak menerusi Unit Tabung Darah dan Pusat Penyelidikan Klinikal (CRC) di hospital terlibat menjelang akhir 2025,” katanya.

Lukanisman merakam gambar selepas melancarkan Pengumpulan Data Penyelidikan MyGENOM Zon Sarawak di salah sebuah hotel di Miri.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Pengumpulan Data Penyelidikan MyGENOM Zon Sarawak di salah sebuah hotel,di sini, hari ini.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha