ARTIKEL

Sarawak mampu laksana projek infrastruktur sendiri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEBUYAU: Kejayaan pembinaan Jambatan Batang Lupar 1 membuktikan kemampuan jurutera Sarawak dalam melaksanakan projek infrastruktur berskala besar dengan piawaian tinggi, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, kemampuan tersebut turut menjadi asas kepada keputusan Kerajaan Persekutuan menyerahkan pelaksanaan beberapa projek infrastruktur termasuk pembangunan bekalan air kepada Kerajaan Sarawak.

Menurutnya, sebelum ini terdapat cabaran penyelarasan dalam pelaksanaan projek bekalan air apabila kemudahan yang dibangunkan oleh Kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan tidak selari.

“Sebagai contoh, kita buat paip di Kemena. Sarawak buat di kiri dan kanan, tetapi di tengah-tengah tidak ada paip kerana itu ialah projek Persekutuan.

“Akhirnya Perdana Menteri bersetuju supaya Sarawak melaksanakan projek air kerana kita mempunyai jurutera-jurutera yang boleh melaksanakan projek infrastruktur,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Jambatan Batang Lupar 1 di sini, hari ini.

Abang Johari berkata, Jambatan Batang Lupar 1 turut mencerminkan keupayaan tenaga profesional Sarawak dalam menangani cabaran kejuruteraan yang kompleks.

Katanya, projek berkenaan membuktikan jurutera tempatan mempunyai kepakaran dan kemampuan untuk melaksanakan tugasan besar apabila diberi tanggungjawab.

“Jambatan kita ini mencerminkan bahawa jurutera kita mampu menghadapi semua cabaran. Beri kerja kepada mereka, mereka boleh laksanakan.

“Itulah standard jurutera kita dan itulah refleksi kualiti jurutera Sarawak,” katanya.

Beliau berkata, perasmian jambatan ikonik ini bukan sekadar meraikan siapnya sebuah kemudahan fizikal, tetapi turut membawa mesej bahawa Sarawak mampu melaksanakan projek besar bertaraf tinggi.

“Hari ini bukan sahaja kita merasmikan jambatan, tetapi kita mahu memberitahu dunia bahawa Sarawak boleh melaksanakan sesuatu jika diberikan tugas,” katanya.

BERITA LAIN

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke