ARTIKEL

Awang Tengah melakukan simbolik perasmian program Showcase Usahawan Sarawak @Bintulu 2025 di Times Square Megamall Bintulu, pada Jumaat.

Sarawak mampu tembusi pasaran global dengan produk asli — Awang Tengah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Sarawak diyakini berpotensi untuk menembusi pasaran global menerusi produk asli berasaskan sumber tempatan sekiranya dimanfaatkan secara strategik dan berdaya saing.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, negeri ini mempunyai kelebihan dari segi sumber semula jadi dan keunikan produk tempatan yang boleh dijadikan pemangkin utama pertumbuhan industri dan ekonomi negeri.

Awang Tengah menyampaikan geran dana bantuan keusahawanan kepada salah seorang penerima.

“Kita mempunyai produk yang berasaskan sumber-sumber sedia ada.

Dengan keyakinan, kesungguhan serta keinginan untuk belajar dan berjaya, saya yakin rakyat Sarawak mampu mencipta kejayaan dalam sektor industri,” katanya ketika merasmikan program Showcase Usahawan Sarawak (SUS) @ Bintulu 2025 di Times Square Megamall Bintulu, pada Jumaat.

Awang Tengah menyampaikan geran dana bantuan keusahawanan kepada salah seorang penerima.

Menurut beliau, pelibatan aktif Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) amat penting dalam memastikan kejayaan ini menjadi kenyataan.

“Jika kita jatuh, itu bukan bermakna kita gagal selama-lamanya.

Awang Tengah meninjau produk yang dipamerkan sepanjang Showcase Usahawan Sarawak @Bintulu 2025 yang berlangsung di Times Square Megamall Bintulu, pada Jumaat.

Yang penting ialah kita belajar daripada kesilapan dan bangkit semula dengan lebih kuat,” ujarnya.

Tambah beliau, kerajaan negeri melaksanakan pembangunan fasa pertama Estet Perindustrian Samalaju untuk membuka ruang kepada pelaburan berskala besar serta menggalakkan pelibatan PKS, terutama dalam sektor perkhidmatan sokongan seperti logistik, makanan dan teknikal.

Awang Tengah meninjau produk yang dipamerkan sepanjang Showcase Usahawan Sarawak @Bintulu 2025 yang berlangsung di Times Square Megamall Bintulu, pada Jumaat.

Katanya, perancangan untuk mewujudkan lebih banyak estet perindustrian di setiap bahagian, daerah dan subdaerah juga sedang giat dilakukan bagi memastikan peluang ekonomi dapat diagihkan secara menyeluruh, termasuk ke kawasan luar bandar.

Bagi memperkasakan pelibatan usahawan muda, Awang Tengah berkata kerajaan turut memperkenalkan program permulaan perniagaan (start-up) berasaskan model kejayaan Korea yang terbukti berkesan dalam membangunkan bakat baharu.

“Kita tidak kekurangan bakat. Apa yang penting ialah keyakinan, sikap ingin maju dan kesediaan untuk berkolaborasi. Kita mampu bersaing selagi ada kesungguhan,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat Sarawak agar tidak hanya menjadi pemerhati terhadap pembangunan industri, sebaliknya menjadi pemain utama yang menyumbang kepada kemajuan negeri.

Pada majlis tersebut, beliau turut menyampaikan geran dana bantuan keusahawanan berjumlah RM1.56 juta kepada para penerima dari Bintulu sebagai dorongan kepada pertumbuhan sektor PKS di kawasan berkenaan.

BERITA LAIN

Kepercayaan memakan diri

DUA hari lalu, polis Saratok mendedahkan seorang wanita warga emas dari Kabong terpedaya oleh seorang bomoh palsu dari Sibu. Terpedaya itu bukan seribu dua, belasan

BERITA TERBARU

Lanesix cipta sejarah, julang Piala Tunku 2026

KUCHING: Lanesix FC dinobatkan sebagai juara Piala Tunku 2026 selepas menewaskan Holdfast FC 3-1 menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi final di Padang KDFA, semalam.