Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Sarawak menang

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SKUAD Sarawak menewaskan Terengganu FC II 1-0 dalam aksi Liga Premier di Stadium Sarawak malam tadi.

Pasukan tuan rumah mendahului pada minit ke-23 hasil jaringan penyerang import, Hudson Dias pada minit ke-23.

Dalam aksi separuh masa kedua tuan rumah diasak pasukan pelawat namun serangan berjaya ditangkis pertahanan Sarawak.

Pemangku jurulatih Mohamad Denny Da’ail (gambar) berkata, dia cukup lega dengan kemenangan tersebut.

“Namun dari segi formasi kita perlu ubah rentak permainan, sebab formasi sebelum ini dapat dilihat oleh pihak lawan.

“Kita juga bertahan dengan bagus, dan menjaringkan satu hahahahgol sekali gus mengumpul tiga mata keseluruhan,” katanya.

Skuad Sarawak masih berada di tangga tercorot mengutip 13 mata dengan kemenangan tiga kali, tewas sebanyak 11 kali dan seri (4).

Sarawak mengharungi dua baki perlawanan iaitu menentang Pulau Pinang di Batu Kawan pada Ahad ini dan Selangor (di Kuching).

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

United kembali beraksi

MANCHESTER United kembali ke tempat sepatutnya selepas menewaskan Chelsea 4-1

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru