ARTIKEL

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat DUN Daro, hari ini. FOTO: UKAS

Sarawak mendahului pembangunan kerangka perundangan kawal selia karbon negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DARO: Sarawak mendahului dalam pembangunan kerangka perundangan bagi menyokong aktiviti perdagangan, pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS), sekali gus bakal membuka sumber pendapatan dan ekonomi baharu kepada negeri ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kerangka kawal selia itu penting bagi membolehkan karbon, termasuk yang dibeli oleh negara luar, dibawa masuk dan disimpan di Sarawak menerusi kaedah yang dikawal selia oleh undang-undang.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg meninjau petak pameran sempena Pesta Daro dan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat DUN Daro, hari ini.

“Sarawak sudah mempunyai undang-undang sendiri, manakala Kerajaan Persekutuan masih belum mempunyai kerangka sedemikian. Kita sudah berada di hadapan.

“Saya sudah memaklumkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai keperluan mewujudkan kerangka kawal selia karbon, termasuk dari Jepun yang mahu disimpan di Sarawak menerusi kerangka perundangan,” katanya pada Program Pemimpin Bersama Rakyat DUN Daro di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata karbon yang dibawa masuk ke Sarawak boleh disimpan di dalam telaga minyak luar pesisir yang tidak lagi digunakan selepas rizab minyak di kawasan berkenaan habis, namun ia mesti dilaksanakan menerusi kerangka undang-undang yang jelas.

“Perdana Menteri sudah mengambil maklum perkara yang saya kemukakan dan ia akan menjadi antara asas kepada kerangka undang-undang yang membolehkan perdagangan karbon dilaksanakan.

“Nampaknya kita juga antara yang pertama dalam perkara ini. Kerangka undang-undang di peringkat Persekutuan masih dalam proses,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata potensi ekonomi karbon Sarawak bukan sahaja terletak pada teknologi penyimpanan, malah turut melibatkan sumber semula jadi seperti kawasan bakau dan tanah gambut yang mempunyai keupayaan menyerap serta menyimpan dengan baik.

“Jika dilaksanakan secara menyeluruh, pendapatan daripada perdagangan karbon akan bertambah dan apabila ia menjadi antara sumber pendapatan negeri, hasilnya boleh dikembalikan kepada rakyat untuk membangunkan kemudahan yang mereka perlukan.

“Namun harus diingatkan bahawa usaha membangunkan ekonomi baharu dan masa depan Sarawak perlu disokong dengan perpaduan serta kestabilan politik yang mempunyai hala tuju jelas,” tegasnya.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Empat projek naik taraf sistem elektrik di Betong

KUCHING: Empat projek naik taraf sistem bekalan elektrik di Bahagian Betong dijangka dilaksanakan dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13). Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi