ARTIKEL

Sarawak mengesan satu kluster baharu, Kluster Rakut

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) mengesan satu kluster baharu di Sarawak yang dikenali sebagai Kluster Rakut.
Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, kluster tersebut hanya melibatkan Daerah Miri.
“Indeks kes kepada kluster ini adalah kes 1,740 yang telah dikesan melalui saringan kontak kes positif Covid-19 pada 12 Januari lalu.
“Hasil pengesanan secara aktif kontak-kontak kepada kes ini, sembilan lagi kes telah dikesan termasuk enam kes baharu pada hari ini,” katanya pada sidang media, hari ini.
Ujar beliau, sehingga jam 12 tengah hari ini, seramai 33 individu telah disaring iaitu tujuh disahkan negatif dan 16 kes masih menunggu keputusan makmal.
Dalam pada itu, Uggah berkata, kluster yang masih aktif di negeri ini adalah Kluster Bukit Sekubong, Sebauh, Kluster Jelita, Miri, Kluster Pasai, Sibu, Kluster Keranji Tabuan, Kuching, Kluster Bah Sayap, Miri, Kluster Stutong, Kuching dan Kluster Mador, Meradong.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Taman Kenyalang ngеna konsep moden

KUCHING: Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng nerima penuemai basa ari diligit Chung Yuan Christian University (CYCU), Taoyuan, Taiwan, ti bejuraika asil tungkap

Standard teknikal nyamin pemujur servis

CYBERJAYA: Komiti Besai Komunikasyen enggau Multimedia Malaysia (MCMC) negap pemansang standard teknikal nentuka servis begunа baka komunikasyen, bekal kuasa karan enggau ai ulih beoperasyen likun,