ARTIKEL

Sarawak menunggu maklum balas pengiktirafan Taman Negara Niah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak berharap mendapat maklum balas berhubung permohonan Taman Negara Niah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), tahun depan.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia berikutan permohonan taman negara tersebut sebagai tapak warisan sebelum ini.

Dalam pada itu katanya, Sarawak juga mahu mendapatkan status Unesco Global Geopark (UGGp) seperti di Pulau Jeju, Korea Selatan.

Katanya, Kerajaan Sarawak tidak mahu menghentikan usaha dalam mendapat pengiktirafan global UNESCO meskipun Delta Sarawak diiktiraf sebagai taman geo yang keenam di bawah program Pembangunan Geopark Malaysia.

“Jika anda mahu melibat bagaimana taman geo diurus, anda boleh lihat kepada Pulau Jeju.

“Saya telah ke Pulau Jeju dan saya terpesona, ia adalah tempat yang baik untuk kita belajar bagaimana mengurus alam sekitar kita, hutan, budaya, warisan yang dipelihara,” ujarnya.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sherrina Hussaini, Pengerusi Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) Dennis Ngau dan Ketua Pegawai Operasi Sharzede Salleh Askor.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha