ARTIKEL

Mazli menyampaikan cenderamata kepada Ketua Pegawai Kawal Selia SKMM, Ts. Dr Ahmad Nasruddin ’Atiqullah Fakrullah pada kunjungan hormat di Cyberjaya, Kuala Lumpur.

Sarawak Metro Peroleh Spektrum Frekuensi Persendirian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak Metro Sdn Bhd (Sarawak Metro) melakar sejarah apabila menjadi organisasi pertama dalam industri rel dan pengangkutan awam negara yang memperoleh spektrum frekuensi persendirian bagi pengendalian sistem komunikasi tanpa wayar untuk Projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS).

Spektrum yang diperoleh ialah Sistem Komunikasi Mudah Alih Rel Masa Hadapan (FRMCS) iaitu piawaian global generasi baharu bagi komunikasi tanpa wayar sektor rel yang menawarkan keupayaan perkhidmatan digital lebih maju, tahap keselamatan yang dipertingkat serta penghantaran data berkapasiti tinggi.

Spektrum persendirian tersebut ialah jalur gelombang radio khas yang diperuntukkan secara khusus untuk kegunaan sistem komunikasinya sendiri, bukan berkongsi secara umum seperti rangkaian komersial biasa.

Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Metro, Ts. Mazli Mustaffa berkata, penggunaan teknologi tersebut amat penting, khususnya dalam memastikan sistem yang dibangunkan kekal seiring dengan perkembangan FRMCS pada masa akan datang.

“Kita kini semakin hampir untuk melaksanakan sistem komunikasi yang amat diyakini dan cekap bagi projek KUTS.

“Dengan FRMCS tersedia untuk sistem ART, kita dapat memastikan sistem ini terus selaras dengan hala tuju kawal selia Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), selain perancangan dan agihan spektrum pada masa hadapan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mazli merakam kenangan bersama-sama pegawai SKMM dan Sarawak Metro pada kunjungan hormat di Cyberjaya, Kuala Lumpur.

Menurutnya, pencapaian tersebut direalisasikan selepas SKMM meluluskan pemberian spektrum berkenaan kepada Sarawak Metro bagi menyokong sistem komunikasi projek terbabit.

“Kelulusan itu merupakan antara komponen penting dalam pengoperasian sistem Transit Aliran Automasi (ART) di bawah KUTS.

“Perkembangan ini menandakan satu lagi kemajuan penting dalam usaha memperkukuh asas digital bagi sistem pengangkutan awam moden di Sarawak,” tambahnya.

Sarawak Metro juga berjaya melaksanakan percubaan secara langsung bagi Sistem Telekomunikasi Radio (RTS) berasaskan seni bina FRMCS pada Oktober 2024.

Dalam pada itu, beliau merakamkan penghargaan kepada SKMM atas sokongan berterusan dalam memperkasa agenda pendigitalan sektor pengangkutan awam Sarawak.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha