ARTIKEL

Sarawak Metro, UTHM jalin kerjasama dalam pendidikan dan penyelidikan pengangkutan rel

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak Metro Sdn Bhd (Sarawak Metro) bekerjasama dengan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) untuk meneroka peluang dalam pendidikan dan penyelidikan pengangkutan rel.

Kerjasama antara Sarawak Metro dengan UTHM yang dirasmikan semalam melalui majlis Memorandum Persefahaman (MoU) yang diadakan di kampus UTHM di Batu Pahat, Johor.

Inisiatif ini menandakan satu lagi pencapaian penting untuk Program Pembangunan Peningkatan Sosioekonomi (SEED) Sarawak Metro, khususnya dalam membangunkan pusat kecemerlangan untuk memajukan industri pengangkutan awam hijau di Sarawak, melalui usaha sama dengan institusi pengajian tinggi di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Metro, Ts. Mazli Mustaffa menjelaskan bahawa inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen syarikat untuk memupuk sumber tenaga kerja mahir serta memacu inovasi dan kecemerlangan dalam sektor pengangkutan.

“Kerjasama ini adalah langkah penting ke arah memajukan pendidikan dan penyelidikan dalam pengangkutan rel.

“Dengan mengintegrasikan pengetahuan akademik dengan pengalaman industri praktikal, kami berhasrat untuk melengkapkan para profesional masa depan di Sarawak dengan kemahiran diperlukan untuk menyumbang kepada sektor pengangkutan yang sedang berkembang,” kata Mazli, mewakili Sarawak Metro pada majlis penghargaan industri Fakulti Teknologi Kejuruteraan UTHM.

Antara lain, kerjasama antara Sarawak Metro dengan UTHM juga bertujuan untuk mewujudkan perkongsian yang saling menguntungkan, memberi pendedahan kepada kakitangan dan pelajar berkaitan kepakaran industri, peralatan dan instrumen, sambil mempromosikan pertukaran pengetahuan teknikal dan pembangunan penyelidikan bersama dalam teknologi pengangkutan dan kejuruteraan.

Selain itu, kerjasama tersebut turut memberi tumpuan kepada inisiatif pembangunan sumber manusia strategik bagi merangsang peluang pekerjaan dan meningkatkan kepakaran serta kapasiti tempatan dalam sektor pengangkutan, khususnya dalam kenderaan hidrogen Transit Aliran Autonomi (ART).

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha