ARTIKEL

Abdul Halim dan Ismail merakam gambar bersama barisan jurulatih dan regu lelaki sepek takraw Sarawak.

Sarawak mewakili Malaysia pada Kejohanan Sepak Takraw Pantai Asia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Enam pemain wanita dan enam lelaki Sarawak tersenarai untuk mewakili Malaysia dalam Kejohanan Sepak Takraw Pantai Asia di Qingdao, China, dari 17 hingga 24 September ini.

Abdul Halim pada sidang media mengumumkan pemilihan Sarawak mewakili Malaysia ke Kejohanan Sepak Takraw Asia Pantai di Qingdao, China, dari 17 hingga 24 September ini.

Pengumuman ini dibuat oleh Presiden Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF), Datuk Abdul Halim Kader, pada sidang media selepas menyaksikan perlawanan suku akhir sepak takraw regu lelaki antara Sarawak dan Perlis, petang tadi.

Datuk Abdul Halim Kader menjelaskan bahawa pemilihan pasukan Sarawak adalah sebagai penghargaan atas kejayaan dan kelancaran Sarawak dalam penganjuran SUKMA XXI Sarawak 2024, khususnya dalam sukan sepak takraw.

Keputusan ini juga mendapat persetujuan Presiden Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd. Sumali Reduan.

Beliau menyatakan bahawa senarai pemain untuk kejohanan ditentukan oleh Persatuan Sepak Takraw Sarawak (PSS), yang memilih pemain berpotensi untuk diketengahkan.

Abdul Halim berharap penghargaan ini memberi motivasi tambahan kepada pasukan Sarawak dan memperkukuh prestasi serta reputasi sepak takraw Malaysia di peringkat antarabangsa.

Selain itu, Setiausaha Agung Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) itu juga memberikan pujian khusus kepada Abang Ajmal Shauqi Abang Mohamad Fauzi, pemain apit kanan regu lelaki Sarawak, yang dianggap mempunyai potensi untuk menjadi pemain kebangsaan berdasarkan pencapaian dan prestasinya yang cemerlang

Sementara itu, presiden PSS Datuk Ismail Abang Saufi berkata senamai pemain akan didedahkan dalam masa terdekat.

BERITA LAIN

SUKMA XXII 2026: Mia berjaya raih emas

SELANGOR: Emylia Lynn Ghazali Zulfikar berjaya menghadiahkan pingat emas buat Kontinjen Sarawak pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXII 2026. Bintang Muay Thai yang terkenal dengan

BERITA TERBARU