ARTIKEL

Sarawak miliki ramai penulis berbakat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak ingin merapatkan jurang dalam kalangan penulis yang tidak dikenali di negeri ini untuk diangkat ke peringkat lebih tinggi.

Pengarahnya Abang Haliman Abang Julai berkata, ramai penulis Sarawak berbakat dan berkebolehan masih tidak dikenali sama ada di peringkat negeri dan tahap kebangsaan.

“Situasi ini perit untuk kita terima tetapi perlu ditangani segera.

Kita tidak mahu jurang antara penulis terlalu jauh kerana ada penulis angkatan baharu yang boleh diyakini dan mampu diketengahkan hingga ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

Abang Haliman berkata demikian ketika merasmikan Wacana Analisis Esei Kritikan Penulis Sarawak 2021 di Balai Budaya DBPCS semalam.

Justeru, beliau menyakini Wacana Analisis Esei Kritikan Penulis Sarawak 2021 akan menjadi permulaan pihaknya untuk memperkasakan usaha memajukan kritikan sastera di Sarawak.

“Wacana analisis yang kita adakan hari ini (semalam) merupakan satu usaha mendapatkan penilaian daripada kaca mata intelektual dan estetika terhadap isu kritikan oleh tokoh pengkritik Sarawak,” ujarnya.

Abang Haliman percaya penelitian daripada tokoh pengkritik yang hadir semalam akan membuka cakerawala pemahaman penulis mengenai lunas kritikan berasaskan situasi sastera sepanjang satu dekad ini.

“Walaupun genre kritikan dianggap paling sedikit dan tidak digemari karyawan, namun proses kritikan karya dan situasi tentang sastera masih terus hidup dengan pelbagai cabaran,” jelasnya.

Katanya, menjadi tanggungjawab penulis memastikan perbahasan intelek atau perdebatan mengenai nilai karya dan analisis yang menyentuh perihal pembangunan dan perkembangan sastera harus dilaksanakan.

Terdahulu sesi wacana analisis berlangsung sekitar satu jam membariskan tokoh pengkritik tempatan terkemuka Dr Jeniri Amir, Dilah Tuah, Dayang Azizah Mohd Salleh dan moderator Mohidin Malek.

Majlis turut diserikan dengan pelancaran buku Menyelusuri Intelektual dan Estetika Sastera Darul Hana dan perasmian 11 kegiatan sayembara yang bakal dianjurkan DBPCS sepanjang tahun ini.

Kegiatan sayembara itu ialah Hadiah Sastera Negeri Sarawak, Hadiah Sastera Tunas Sarawak, Sayembara Monodrama Peringkat Negeri Sarawak, Sayembara DEKON Piala Ketua Menteri Sarawak, Forum Remaja Piala Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Sayembara Penulisan Cerpen 2021 Kategori Pelajar Sekolah, Sayembara Penulisan Kreatif Kategori Umum (Kumpulan 5 Sajak), Sayembara Anekdot Peringkat Negeri Sarawak, Forum Pelajar, Pertadingan Deklamasi Puisi (Sajak dan Syair) Sekolah Menengah Peringkat Negeri Sarawak dan Anugerah Citra Majalah Sekolah Negeri Sarawak 2021.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu