ARTIKEL

Abang Johari diiringi Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas ketika tiba di Kompleks DUN Sarawak. - Foto Ghazali Bujang

Sarawak pada landasan realistik capai sasaran KDNK 2030 sebanyak RM282 bilion

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak berada pada landasan realistik untuk mencapai sasaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2030 sebanyak RM282 bilion, kata Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, kira-kira RM100 bilion tambahan diperlukan untuk mencapai sasaran KDNK itu, yang akan didorong oleh aliran pelaburan kukuh yang sudah komited dan dijangka dalam tenaga, pembuatan, pendigitalan, pertanian komersial serta projek pembinaan dan infrastruktur utama.

“Dengan perkembangan jelas dalam KDNK dan skala pelaburan yang akan mula beroperasi dalam lima tahun akan datang, kita boleh menyatakan dengan yakin bahawa Sarawak berada pada landasan realistik untuk mencapai sasaran KDNK tersebut.

“Secara selari, kita kekal teguh menerapkan kelestarian alam sekitar, dengan matlamat mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19, hari ini.

Terdahulu, beliau berkata dari 2021 hingga 2025, KDNK Sarawak dijangka meningkat daripada RM132 bilion kepada RM154 bilion, peningkatan terkumpul kira-kira RM22 bilion hanya dalam tempoh lima tahun.

Justeru, katanya itu menunjukkan bahawa ‘tempoh menuai’ hasil pelaburan awal kerajaan telah mula membuahkan hasil.

Sementara itu, Abang Johari berkata, berasaskan kejayaan ketara di bawah RMK-12, RMK-13 Sarawak yang dilancarkan pada Oktober lalu bukan sahaja meneruskan tetapi mempercepat agenda pembangunan wilayah ini, yang akan memacu kemajuan lebih mendalam dan melonjakkan Sarawak ke arah menjadi sebuah ekonomi yang makmur, inklusif dan berdaya saing di peringkat global.

“Melalui usaha strategik, kita menyasarkan untuk menggandakan ekonomi Sarawak kepada RM282 bilion menjelang 2030, dan meningkatkan pendapatan bulanan isi rumah median kepada RM15,000, mencerminkan komitmen kita untuk meningkatkan taraf hidup semua rakyat,” katanya.

Menjelas lanjut, beliau berkata di bawah RMK-13, sebanyak 15 sektor sosioekonomi utama telah dikenal pasti bagi mempercepat pembangunan Sarawak, iaitu peralihan tenaga; pembuatan dan pembangunan PKS; pertanian komersial, pelancongan, seni, budaya dan industri kreatif termasuk perhutanan, pengurusan aset semula jadi dan pemuliharaan.

Selain itu, perlombongan serta minyak dan gas; infrastruktur dan utiliti; pengangkutan dan logistik; perkhidmatan perniagaan; transformasi digital; inovasi; pendidikan dan modal insan; perkhidmatan sosial; transformasi kerajaan serta sisa dan ekonomi kitaran.

“Semua sektor ini mencerminkan komitmen kita terhadap inovasi, pertumbuhan pelbagai dimensi dan keterangkuman, menyediakan rangka kerja untuk Sarawak mencapai sasaran matlamatnya,” katanya.

Di samping itu, Abang Johari berkata RMK-13 akan dipacu oleh tiga pendekatan utama iaitu semak, perbaiki dan laksana baharu.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu