ARTIKEL

Datuk Seri Lee Kim Shin menunjukkan teks ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19. | Foto: Ramidi Subari

Sarawak pasang 299 AtoN perkukuh keselamatan pelayaran sungai

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak 299 alat bantuan navigasi (AtoN) telah dipasang di sungai utama dan perairan tertentu di Sarawak bagi meningkatkan keselamatan pelayaran setakat 31 Ogos 2026.

Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Seri Lee Kim Shin berkata, daripada jumlah itu, 82 alat ditempatkan di wilayah Kuching, 152 di Sibu dan 65 di Miri.

“Pemasangan tersebut merangkumi 17 pelampung pelayaran, 23 lampu suar, 21 lampu transit, 17 lampu jambatan, 93 tanda siang dan papan tanda jambatan, serta 128 papan tanda lalu lintas sungai.

“AtoN ini menyokong perjalanan sungai yang lebih selamat, membantu pengendali bot menavigasi alur pelayaran dan lintasan jambatan sambil melindungi penumpang, kargo dan komuniti yang bergantung pada pengangkutan sungai.”

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 di sini hari ini.

Menurutnya, pemasangan alat bantuan navigasi itu membantu pengendali bot mengenal pasti laluan pelayaran dan lintasan jambatan dengan lebih selamat, sekali gus melindungi penumpang, kargo serta komuniti yang bergantung pada pengangkutan sungai.

Dalam perkembangan berkaitan, Kim Shin berkata, Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM150 juta bagi kerja pembaikan segera di Empangan dan Kunci Kapal Sungai Sarawak susulan hakisan yang berlaku di kawasan berkenaan.

Peruntukan itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 13 Mac 2026 bagi melindungi struktur empangan serta memastikan fungsi tebatan banjirnya terus terpelihara.

Projek berkenaan akan dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU