ARTIKEL

Abang Johari menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Ekonomi Indonesia (IES) 2026 bertajuk Idea dari Borneo: Melabur dalam Enjin Pertumbuhan Baharu di Jakarta, hari ini. | Foto: UKAS

Sarawak pelawa pelabur teroka peluang ekonomi serantau

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JAKARTA: Sarawak membuka ruang luas kepada pelabur dan pemain industri untuk meneroka peluang kerjasama serta perkongsian jangka panjang, sejajar dengan potensi pelaburan negeri itu yang semakin berkembang dalam landskap ekonomi serantau.

Premier Sarawak, Abang Johari Tun Openg, berkata peningkatan kesalinghubungan dan kerjasama dalam Kepulauan Borneo kini menjadikan rantau itu sebagai sebuah platform ekonomi dan perdagangan yang lebih bersepadu.

Beliau berkata, pendekatan berkenaan menuntut dialog terbuka dan berterusan dengan semua pihak berkepentingan bagi memupuk persefahaman bersama, menangani isu berbangkit serta merangka hala tuju pembangunan yang konstruktif.

“Dengan memperkukuh hubungan serantau serta memudahkan pergerakan rakyat dan barangan, Sarawak berhasrat memacu pembangunan yang inklusif dan mampan di Borneo,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mengalu-alukan penglibatan pelabur dan pemimpin industri untuk meneroka peluang kerjasama serta perkongsian jangka panjang bersama Sarawak, khususnya dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan.

Abang Johari berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Ekonomi Indonesia (IES) 2026 bertajuk Idea dari Borneo: Melabur dalam Enjin Pertumbuhan Baharu di sini, hari ini.

Mengulas hala tuju negeri itu menjelang 2030, beliau berkata masa depan Sarawak saling berkait rapat dengan kemakmuran negara jiran, khususnya Indonesia, selaras dengan pembangunan pesat ibu negara baharu republik itu, Nusantara.

Menurutnya, pemindahan ibu negara Indonesia bukan sahaja merupakan pencapaian penting di peringkat nasional, malah berperanan sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih meluas di seluruh Kepulauan Borneo.

“Pembangunan Nusantara mengukuhkan lagi peranan Sarawak sebagai rakan strategik dalam kemajuan Borneo, khususnya melalui kerjasama dalam bidang infrastruktur, perdagangan dan tenaga,” jelasnya.

Beliau menegaskan bahawa masa depan Borneo tidak akan dibentuk oleh satu ekonomi secara bersendirian, sebaliknya bergantung kepada keupayaan negara dan wilayah di rantau itu untuk bekerjasama, menyelaraskan kekuatan masing-masing serta membina nilai jangka panjang secara bersama.

Katanya, Sarawak bersedia untuk bekerjasama rapat dengan Indonesia dan rakan serantau di Borneo bagi memajukan pertumbuhan mampan, memperkukuh daya tahan serantau serta memperluas kerjasama bermakna pada masa hadapan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Projek ART Kuching Jadi Rujukan

KUCHING: Projek Transit Aliran Autonomi (ART) Kuching menjadi antara projek rujukan utama luar negara bagi China Railway Rolling Stock Corporation (CRRC) dalam usaha memperluas penggunaan