KUCHING: Sarawak akan menjadi salah satu pengeluar utama biojisim alga atau lumut yang menghasilkan bahan bakar penerbangan mampan (SAF) untuk digunakan oleh industri penerbangan.
Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata produk boleh diperbaharui yang mampan itu dihasilkan menerusi kerjasama antara Pusat Biodiversiti Sarawak (SBC), Sarawak Energy Berhad (SEB) dan syarikat bioteknologi dari Jepun, Chitose Laboratory Corporation.
“Kita telah menghasilkan satu teknologi yang menggunakan lumut sebagai bahan mentah untuk mengeluarkan banyak produk boleh diperbaharui yang sangat diperlukan oleh dunia hari ini dan satu-satunya produk yang sangat penting ialah pengeluaran SAF,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan pelancaran Chitose Carbon Capture Central Sarawak di sini, semalam.





