ARTIKEL

Abang Johari (tengah) dibantu oleh Pengasas dan Rakan Pengurus Kumpulan Salihin, Dr Salihin Abang (tiga kanan) melakukan acara simbolik pelancaran Persidangan Bajet Sarawak 2025 di BCCK, hari ini sambil disaksikan oleh tetamu kehormat lain. - Foto: Ramidi Subari

Sarawak penyumbang utama kepada kekuatan ekonomi Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak menjadi penyumbang utama kepada kekuatan ekonomi Malaysia, yang turut disokong oleh peruntukan Belanjawan Malaysia MADANI 2025 sebanyak RM5.9 bilion untuk pembangunan di wilayah ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berkata dana itu akan membolehkan pelaksanaan projek-projek penting yang menjadi keutamaan Sarawak, seperti infrastruktur, tenaga dan pendidikan, sambil mengukuhkan penjajaran ekonomi negeri dengan objektif negara.

“Bajet Malaysia MADANI 2025 yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan menjurus ke arah meningkatkan daya tahan negara melalui disiplin fiskal, kesaksamaan sosial dan kelestarian alam sekitar.

“Ia termasuk sokongan menyeluruh untuk wilayah negeri, termasuk Sarawak, untuk memperkukuh infrastruktur, penerimaan teknologi dan pertumbuhan hijau.

“Sokongan ini penting dalam memperkasakan kita untuk menyelaraskan keutamaan belanjawan Sarawak dengan dasar negara sambil menangani perbezaan keperluan wilayah kita,” katanya ketika menyempurnakan Persidangan Bajet Sarawak 2025 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini.

Terdahulu, Abang Johari berkata walaupun ketidaktentuan semakin meningkat dalam landskap global, ekonomi Malaysia menunjukkan daya tahan dengan pertumbuhan diunjurkan antara 4.8 peratus hingga 5.3 peratus pada 2024.

Ini disebabkan oleh perbelanjaan pengguna yang teguh, disokong oleh peningkatan dalam keadaan pasaran buruh, dan pendapatan boleh guna yang lebih tinggi.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah