ARTIKEL

Sarawak Perhebat Persiapan Tuan Rumah bersama Sukan SEA 2027

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak 24 jawatankuasa digerakkan bagi menyelaras persiapan Sarawak sebagai tuan rumah bersama Sukan SEA Ke-34 pada 2027, kata Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi), Datuk Hii Chang Kee.

Beliau yang juga Pengerusi Sekretariat Sukan SEA Malaysia 2027 bagi Kluster Sarawak berkata, jawatankuasa itu turut memastikan sejumlah 11 projek pembangunan dan naik taraf venue siap dinaik taraf dan dibina menjelang temasya berkenaan.

Menurutnya, penyelarasan ini penting bagi memastikan penganjuran 18 daripada keseluruhan 43 jenis sukan di Sarawak berjalan lancar.

Hii Chang Kee ketika menjadi tetamu program Juh Randau terbitan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di sini, hari ini.

“Jadi kita menubuhkan sekretariat yang bekerjasama dengan sekretariat utama di Kuala Lumpur iaitu Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Malaysia (MASOC) dalam menganjurkan 18 sukan daripada 43 jumlah sukan untuk Sukan SEA yang akan datang.

“Kita menubuhkan sebanyak 24 jawatankuasa untuk merancang dan juga melaksanakan 11 projek pembangunan, membaik pulih venue pelbagai sukan semasa Sukan SEA pada tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program Juh Randau terbitan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan, persiapan Sarawak turut melibatkan penyelarasan bersama MASOC di peringkat nasional bagi memastikan semua keperluan penganjuran di Kluster Sarawak dilaksanakan mengikut perancangan.

Dalam pada itu, beliau berkata, majlis Setahun Menuju Sukan SEA 2027 pada 18 September ini menjadi antara titik penting untuk meningkatkan kesedaran awam serta menyemarakkan semangat rakyat menjelang temasya tersebut.

Beliau turut berharap penganjuran ini dapat meninggalkan legasi berkekalan kepada Sarawak, khususnya dengan memberi peluang kepada generasi muda merasai pengalaman menyaksikan temasya sukan antarabangsa di negeri ini.

Sarawak memperuntukkan sebanyak RM350 juta bagi penganjuran Sukan SEA 2027, manakala Kementerian Belia dan Sukan menyediakan RM330 juta, Pulau Pinang RM15 juta dan Johor RM5 juta.

Penganjuran Sukan SEA 2027 akan melibatkan empat kluster, iaitu Kuala Lumpur, Sarawak, Pulau Pinang dan Johor, dengan Sarawak turut menjadi lokasi majlis perasmian yang dijadual berlangsung pada 18 September 2027.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Tubi Mbos khazanah kulinari Bidayuh

TUBI mbos merupakan warisan kulinari masyarakat Bidayuh Biatah di Kampung Pain Bojong yang lahir daripada kearifan tempatan sebagai bekalan makanan mesra alam untuk penduduk ke