ARTIKEL

Foto: Kerja menanam tukun tiruan giat dilaksanakan di perairan laut Mukah, bagi memastikan kelestarian marin selain membantu meningkatkan pendapatan nelayan.

Sarawak perkasa ekosistem marin menerusi 17,000 tukun tiruan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TANJUNG MANIS: Kerajaan Sarawak membelanjakan hampir RM100 juta bagi melaksanakan projek tukun tiruan membabitkan kira-kira 17,000 unit yang ditempatkan sepanjang 740 kilometer perairan negeri dari Tanjung Datu hingga ke Lawas.

Pelaksanaan projek berkenaan bertujuan mewujudkan habitat baharu bagi pembiakan hidupan marin, sekali gus membantu meningkatkan sumber perikanan dan menjamin kelestarian ekosistem laut di perairan Sarawak, kata Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh.

Beliau berkata, usaha itu turut mengambil kira kepentingan kawasan hutan bakau yang menjadi habitat penting bagi pelbagai hidupan marin, termasuk udang, selain berperanan menyokong rantaian ekologi serta kelangsungan sumber perikanan.

Len Talif berkata, kesan positif pelaksanaan projek berkenaan dapat dilihat di beberapa lokasi, termasuk kawasan Belawai, Pulau Bruit, Lundu dan Kabong apabila terdapat peningkatan hasil tangkapan selepas tukun tiruan ditempatkan.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah