ARTIKEL

Azizul ketika membahaskan Usul Penghargaan Atas Ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Sarawak perkasa pembangunan atlet

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak menetapkan hala tuju jelas untuk muncul sebagai kuasa sukan utama negara dengan memperkasa pembangunan atlet, memperkukuh program akar umbi serta menaik taraf kemudahan sukan secara menyeluruh di seluruh negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjong Datu, Azizul Annuar Adenan berkata, usaha ke arah itu perlu dilaksanakan secara konsisten bagi memastikan Sarawak terus berdaya saing dalam arena sukan di peringkat nasional dan antarabangsa.

“Aspirasi besar Sarawak untuk menjadi kuasa sukan negara memerlukan komitmen semua pihak termasuk kerajaan, institusi pendidikan serta badan berkaitan sukan.

“Sudah semestinya Sarawak ingin menjadi kuasa sukan di Malaysia. Oleh itu, pembangunan sukan perlu sentiasa diberikan perhatian tertinggi oleh semua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Usul Penghargaan Atas Ucapan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Azizul turut menyuarakan keyakinan bahawa Sarawak mampu mempertahankan kecemerlangan pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 yang dijadual berlangsung dalam tempoh kurang 100 hari lagi.

Katanya, seluruh rakyat Sarawak sentiasa berdiri teguh di belakang kontinjen negeri bagi memastikan kejayaan sebagai juara keseluruhan dapat dikekalkan.

Mengulas lanjut berkaitan pembangunan atlet, beliau mencadangkan agar sebuah sekolah sukan bertaraf tinggi seperti di Bukit Jalil dan Bandar Penawar, Johor diwujudkan di Sarawak bagi melahirkan lebih ramai atlet berpotensi.

Pada masa sama, Azizul turut mencadangkan agar sukan pelayaran diberikan perhatian lebih serius memandangkan ia berpotensi menjadi antara penyumbang pingat utama Sarawak dalam SUKMA dan Sukan SEA.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU