ARTIKEL

Sarawak perkenal enam inisiatif bantu kontraktor, elak projek tertangguh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg

KUCHING: Kerajaan Sarawak memperkenalkan enam inisiatif baharu bagi membantu syarikat-syarikat kontraktor di negeri ini melaksanakan projek sekali gus mengelakkan masalah projek tertangguh atau sakit.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia merangkumi inisiatif bayaran pendahuluan untuk kontrak kerja kepada pihak yang terlibat termasuk ‘syarikat dua dollar’.

“Kita akan menyediakan bayaran pendahuluan kerana kadang-kadang terdapat syarikat yang tidak mempunyai kekuatan dari segi kewangan, jadi kerajaan mahu membantu mereka ini yang kadang-kadang disebut sebagai ‘syarikat dua dollar’.

“Kedua adalah membenarkan sehingga tiga pembayaran pendahuluan dibuat tanpa dokumen kontrak dalam tempoh empat bulan pertama tempoh kontrak.

“Selain itu, kerajaan juga akan memberikan kadar yang lebih rendah bagi kerosakan atau masalah projek yang dikenal pasti,” katanya pada Majlis Perasmian Seminar Meningkatkan Industri Pembinaan Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya inisiatif lain termasuk bayaran minimum yang lebih rendah serta langkah-langkah lain untuk meringankan projek yang terjejas teruk akibat kenaikan harga.

“Seterusnya, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan masa (EOT) untuk projek dengan kemajuan sekurang-kurangnya 60 peratus berdasarkan program kerja dan penamatan bersama tertakluk kepada kriteria lazim yang dikenakan.

“Ini semua merupakan inisiatif baharu kerajaan dan diharap ia dapat membantu mengurangkan masalah yang dihadapi oleh para kontraktor kita.

“Langkah-langkah yang dilaksanakan ini bertujuan untuk meminimumkan atau bahkan menghapuskan isu projek tertangguh yang kritikal, untuk membantu aliran tunai projek kontraktor serta untuk mencapai situasi “menang menang” untuk semua pihak di bawah kontrak Kerajaan Sarawak,” tegasnya.

Tambahnya, kerajaan sentiasa berusaha meningkatkan daya saing industri pembinaan serta pembangunan strategi untuk para pemain industri menjadi penyedia penyelesaian global serta menyokong kekayaan mampan dan mencipta nilai berimpak tinggi.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha