ARTIKEL

AWANG TENGAH menerima cenderahati daripada Anuar Fariz (empat kanan) seusai kunjungan hormat MDEC kepada MINTRED.

Sarawak perkukuh ekosistem digital

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pembangunan infrastruktur digital, termasuk di kawasan luar bandar, menjadi antara perkara dibincangkan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MINTRED).

Menurut kenyataan MDEC, perkara itu dibincangkan ketika Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Anuar Fariz Fadzil mengadakan kunjungan hormat kepada Timbalan Premier merangkap Menteri MINTRED, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada Jumaat lepas, bagi meneroka peluang kerjasama dalam pembangunan infrastruktur digital di Sarawak.

“Pertemuan ini turut membincangkan peluang mewujudkan ekosistem yang kondusif bagi pembangunan pusat data dan industri semikonduktor bagi memastikan inisiatif berkenaan memberi manfaat kepada ekonomi tempatan.

“Keperluan memperkukuh infrastruktur digital khususnya di kawasan luar bandar turut diberi perhatian kerana penting bagi menyokong pertumbuhan pelbagai inisiatif ekonomi digital,” ujar kenyataan itu.

Jelas kenyataan lagi, pertemuan berkenaan turut mengetengahkan potensi pembangunan pusat pemenuhan pesanan bagi memperkukuh sektor e-dagang, khususnya dalam kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA).

“Kedua-dua pihak turut menekankan kepentingan mewujudkan rangka kerja digital yang kukuh bagi memacu pertumbuhan ekonomi serta melancarkan aktiviti perdagangan dan logistik dalam kawasan BIMP-EAGA.

“Kerjasama itu turut membuka ruang untuk meneroka peluang pembangunan infrastruktur digital yang dapat menyokong keperluan industri, perdagangan dan e-dagang di Sarawak,” tambah kenyataan itu.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU