ARTIKEL

Sarawak Perkukuh Hubungan dengan Kerajaan Persekutuan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Kerajaan Sarawak terus memperkukuh hubungan dengan Kerajaan Persekutuan dalam hal ehwal luar negara, selaras dengan komitmen untuk meningkatkan peranan negeri ini di pentas antarabangsa.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, berkata langkah ini penting dalam mempertingkatkan hubungan dua hala demi kemajuan negeri.

“Dalam perbincangan baru-baru ini, kita memfokuskan usaha bersama untuk memperkemas koordinasi supaya Sarawak dapat memberi impak yang lebih besar dalam isu-isu global. Ini merupakan salah satu langkah penting dalam mempertingkatkan hubungan antara kedua-dua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri, Datuk Sri Amran Mohamed Zin, di pejabatnya di Wisma Sumber Alam semalam.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak membincangkan pendekatan bersama untuk menjaga kepentingan Sarawak dalam urusan antarabangsa serta mengukuhkan peranan negeri ini dalam kerangka hubungan luar Malaysia.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Patrick Stewart Meninggal Dunia

Dunia seni lakonan antarabangsa kehilangan seorang legenda apabila pelakon tersohor Britain, Sir Patrick Stewart, meninggal dunia pada usia 86 tahun di kediamannya di Los Angeles,

Tiga lelaki ditan

MUKAH: Tiga lelaki peranak menua beumur entara 24 nyentuk 26 taun ditan pengudah ditemu positif dadah bansa methamphetamine ba Operasyen Begulai Nagang Penyah t i