ARTIKEL

AMANAT… Dr Rundi berucap pada majlis perasmian Agrofest Serian 2026 di Pusat Persidangan Serian, hari ini. Foto Ghazali Bujang

Sarawak perlu memperkukuh rantaian nilai agromakanan capai sasaran 2030

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Sarawak perlu memperkukuh keseluruhan rantaian nilai sektor agromakanan daripada pengeluaran hingga pemprosesan dan pemasaran bagi merealisasikan sasaran menjadi pengeksport makanan bersih menjelang 2030 selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom berkata, penganjuran Agrofest bukan sekadar platform mempromosikan hasil pertanian tempatan, malah menjadi medium mengenal pasti produk premium setiap kawasan serta memperkukuh ekosistem industri agromakanan negeri.

TINGKATKAN PERTANIAN… Dr Rundi ditemani Datuk Martin Ben, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Datuk Dr Jerip Susil dan tetamu kehormat lain melawat reruai sempena Agrofest Serian 2026. Foto Ghazali Bujang

“Meskipun sasaran menjadi pengeksport makanan bersih dilihat mencabar, matlamat itu mampu dicapai sekiranya kerajaan, agensi dan pemain industri memberi tumpuan kepada pembangunan sistem pengeluaran, ekosistem serta rantaian bekalan yang lebih cekap.

“Keutamaan kita ialah menjamin sekuriti makanan dan pada masa sama meningkatkan pendapatan rakyat, khususnya petani di luar bandar.

“Kita mahu melihat perubahan ketara terhadap pendapatan isi rumah petani, bukan sekadar mengekalkan cara bekerja seperti dahulu,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Agrofest Serian 2026 di Pusat Persidangan Serian (SCC), di sini, hari ini.

RASMI… Dr Rundi meletakkan tangan pada peranti sambil disaksikan tetamu kehormat lain sebagai simbolik perasmian Agrofest Serian 2026. Foto Ghazali Bujang

Hadir sama Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Martin Ben dan Datuk Dr Abdul Rahman Ismail; Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak (Udara dan Jalan), Datuk Dr Jerip Susil serta tetamu kehormat lain.

Dalam pada itu, Dr Rundi memberitahu meskipun Bank Dunia telah mengiktiraf Sarawak sebagai wilayah berpendapatan tinggi sejak 2022, masih ramai penduduk luar bandar belum menikmati manfaatnya secara menyeluruh.

Justeru, katanya, kementerian kini memberi penekanan kepada pembangunan industri makanan, komoditi dan rantaian nilai lengkap merangkumi sektor huluan, pertengahan dan hiliran bagi memastikan hasil pertanian mempunyai nilai tambah.

BERITA LAIN

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,

BERITA TERBARU