ARTIKEL

Sim ketika ditemui selepas menyempurnakan Karnival Kutipan Dana Sekolah Menengah Chung Hua No. 1, Kuching, hari ini.

Sarawak perlu RM8.9 bilion naik taraf klinik, hospital daif – Sim

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pembinaan Pusat Pakar Pergigian di Kuching menerusi Belanjawan 2027 merupakan langkah yang baik untuk memperkukuh perkhidmatan kesihatan di Sarawak, kata Timbalan Premier Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian.

Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata, negeri ini bagaimanapun masih memerlukan kemudahan lain, termasuk bank darah serantau dan makmal pusat.

“Dalam aspek penjagaan kesihatan, pembinaan Pusat Pakar Pergigian merupakan permulaan yang baik. Namun, Sarawak juga memerlukan bank darah serantau dan makmal pusat,” katanya menerusi kenyataan.

Sim berkata demikian ketika mengulas Belanjawan 2027 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Dewan Rakyat pada 9 Oktober lalu.

Menerusi belanjawan berkenaan, Kuching akan menerima sebuah Pusat Pakar Pergigian baharu, iaitu antara sembilan kemudahan kesihatan baharu yang dirancang di seluruh negara susulan peningkatan pelaburan Kerajaan Persekutuan dalam infrastruktur kesihatan.

Projek berkenaan merupakan antara empat projek yang diberi perhatian khusus, selain Kompleks Klinik Pakar dan Pusat Jagaan Harian di Hospital Sultanah Aminah, Johor, serta kompleks kesihatan bersepadu di Gerik, Perak dan Rembau, Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, beliau berkata, Sarawak juga memerlukan peruntukan sebanyak RM8.9 bilion untuk menaik taraf klinik dan hospital daif di negeri ini.

“Justeru, kami berharap dapat melihat lebih banyak kemajuan konkrit dalam pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63),” ujarnya.

Mengulas lanjut, beliau menambah, Sarawak juga perlu meneliti butiran belanjawan tersebut, khususnya jumlah projek baharu dan sambungan, kerana perinciannya amat penting.

“Kami juga berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan atas peningkatan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Namun, Sarawak sudah menawarkan pendidikan percuma kepada semua pelajar yang berjaya memasuki universiti milik Kerajaan Sarawak, dengan 42 peratus daripada mereka turut menerima wang saku bulanan,” jelasnya.

Terdahulu, Sim juga merakamkan ucapan tahniah kepada Anwar atas pembentangan Belanjawan Malaysia terbesar setakat ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU