ARTIKEL

Sarawak perlukan tenaga kerja mahir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Datuk Seri Dr Sim Kui Hian

KUCHING: Sarawak memerlukan lebih ramai tenaga kerja mahir khususnya jurutera kimia bagi menampung keperluan ekonomi baharu dalam penghasilan hidrogen hijau.

Timbalan Premier Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata bagi memperkasakan produktiviti ekonomi hijau, Sarawak memerlukan sekurang-kurangnya 1,500 jurutera kimia.

Mengulas mengenai perkara itu, katanya setakat ini kebanyakan jurutera kimia yang berkhidmat di Sarawak merupakan warga asing.

“Loji kuasa Singapura akan menggunakan hidrogen sifar karbon mulai 2028, Sarawak akan mula mengeluarkan hidrogen tahun depan dan kita memerlukan 1500 jurutera kimia.

“Pengambilan jurutera kimia tempatan sukar dilakukan kerana ketika ini bakat tempatan sangat terhad,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam rakan video Program Heart Talk Musim Pertama yang dimuat naik di akaun Facebooknya.

Sarawak adalah satu-satunya tempat yang menghasilkan hidrogen hijau berskala besar di rantau ini.

Menurutnya lagi, hasil keluaran tahun 2023 sudah habis dijual ke negara seperti Jepun dan Korea.

“Hidrogen Hijau mendapat permintaan tinggi yang dicipta menggunakan kuasa hidro bersih dan kita boleh menjualnya dengan harga yang tinggi

“Hidrogen kita yang akan dihasilkan tahun hadapan, telah ditempah sepenuhnya oleh Jepun dan Korea,” katanya.

Pada waktu yang sama, katanya pekerjaan tempatan yang dicipta untuk memenuhi Ekonomi Baharu global sedang menunggu bakat Sarawak untuk diisi untuk beberapa tahun akan datang.

BERITA LAIN

Anak Sarawak sumbang Rolls-Royce antik kepada Muzium

KUCHING: Seorang anak Sarawak berhasrat menyumbangkan kereta Rolls-Royce antik miliknya kepada Muzium Sarawak bagi membantu memelihara warisan sejarah dan kebudayaan negeri ini. Cadangan itu bertujuan

BERITA TERBARU

Anak Sarawak sumbang Rolls-Royce antik kepada Muzium

KUCHING: Seorang anak Sarawak berhasrat menyumbangkan kereta Rolls-Royce antik miliknya kepada Muzium Sarawak bagi membantu memelihara warisan sejarah dan kebudayaan negeri ini. Cadangan itu bertujuan

SAREX26 dijangka lepasi sasaran 800 peserta

KUCHING: Ekspo E-Sukan Sarawak 2026 (SAREX26) dijangka melepasi sasaran penyertaan 800 peserta apabila 600 orang sudah mengesahkan penyertaan menjelang penganjurannya pada 13 hingga 15 November