ARTIKEL

Uggah menyampaikan cek bantuan dana UNIFOR kepada ADUN Mambong, Datuk Jerip Susil, sambil disaksikan Pengarah UNIFOR, Dato Georgina Apphia Ngau.

Sarawak pertimbang pembenihan awan – Uggah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Operasi pembenihan awan sedang dipertimbangkan bagi menangani paras air rendah di empangan hidroelektrik susulan kemarau berpanjangan di seluruh negeri.

Timbalan Premier merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata pihaknya masih menerima laporan daripada Sarawak Energy Berhad (SEB) mengenai paras air empangan yang rendah.

“Jadi, kami akan melihat situasi dan keadaan cuaca yang sesuai sebelum melaksanakan operasi pembenihan awan.

“Kami bersyukur kerana hujan telah turun, sekurang-kurangnya membantu mengurangkan keadaan jerebu,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Cek Bantuan Dana Rumah Ibadat Agama-Agama Lain 2026 (Fasa 1) di Kompleks UNIFOR, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Uggah berkata meskipun kebanyakan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) kini berada pada tahap sederhana, isu bekalan air masih berlaku di kawasan luar bandar.

Katanya, beliau telah meminta Residen dan JPBN di peringkat bahagian mengambil tindakan segera terhadap aduan berkaitan bekalan air.

Beliau berkata terdapat beberapa masalah yang menyebabkan penghantaran bekalan air tidak dapat dilakukan mengikut jadual.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) supaya menyusun dan menyelaraskan tindakan bagi menangani isu berkenaan.

“Sekiranya keadaan kering berterusan, kami mempunyai strategi untuk menghadapi masalah tersebut, khususnya di kawasan luar bandar.

“Kami amat mengambil berat mengenai isu bekalan air,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU