ARTIKEL

Abang Johari bercakap pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen PBB Zon Betong, hari ini. Foto: Alverdtekoster Anyap

Sarawak rancang bangunkan tanah Persekutuan yang dikembalikan di bawah MA63

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Kerajaan Sarawak akan melaksanakan pelan pembangunan menyeluruh ke atas tanah milik Kerajaan Persekutuan yang dikembalikan kepada negeri ini di bawah pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), termasuk di Kawasan Keselamatan Rajang (RASCOM).

Premier, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, tanah yang diserahkan semula itu akan dimanfaatkan bagi menjayakan agenda pembangunan negeri, khususnya di bawah agensi pembangunan wilayah.

Abang Johari merasmikan Konvensyen PBB Zon Betong, hari ini. Foto: Alverdtekoster Anyap

“Memang Timbalan Premier, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan sudah menghadiri perbincangan mengenai penurunan kuasa dan tanah yang tidak digunakan lagi untuk dikembalikan kepada kerajaan negeri.

“Untuk RASCOM, kita memang sudah mempunyai perancangan untuk membangunkan semula kawasan itu melalui MiRRDA dengan peruntukan awal agensi sebanyak RM1.5 bilion,” katanya.

Beliau yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen PBB Zon Betong, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata pembangunan kawasan tersebut akan dilaksanakan dengan memberi tumpuan kepada pembangunan semula penempatan rumah panjang, infrastruktur serta sektor pertanian.

“Rumah-rumah panjang di kawasan berkenaan kini terlalu padat dan rangkaian jalan juga tidak begitu baik. Sekarang, kita sudah menyediakan pelan pembangunan tempatan bagi menyusun semula kawasan itu.

“Malah, sektor pertanian di sana juga mempunyai potensi besar untuk dibangunkan dan kita sudah mempunyai perancangan yang dikemukakan oleh jawatankuasa MiRRDA.

“Pengerusinya ialah Datuk Sri Aaron Ago Dagang, manakala penyelarasan pembangunan dilakukan oleh bekas Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion yang mempunyai kepakaran dalam merancang pembangunan ekonomi masyarakat rumah panjang,” jelasnya.
Sementara itu, Awang Tengah yang juga Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Kedua berkata, penyerahan tanah itu merupakan hasil rundingan berterusan antara Kerajaan Sarawak dengan Kerajaan Persekutuan menerusi agenda penurunan kuasa di bawah MA63.

“Kita telah mencapai persetujuan bahawa mana-mana tanah milik Kerajaan Persekutuan yang tidak dibangunkan dalam tempoh lima tahun, melainkan mempunyai perancangan pembangunan yang jelas, hendaklah dikembalikan kepada Kerajaan Sarawak,” katanya.

Terdahulu, pada Khamis, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud mengumumkan Kerajaan Persekutuan bersetuju melepaskan hak ke atas tanah RASCOM seluas 3,655.60 hektar kepada Kerajaan Sarawak selepas mendapat kelulusan Jemaah Menteri.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah